You are currently viewing Promosi Proton Saga September 2026: Harga Saga MC3 & Rebat Terkini
All-New Proton Saga tampil dalam kempen Wonders of the Malaysian Spirit dengan penjimatan sehingga RM800*, termasuk cash rebate sehingga RM500* dan trade-in rebate sehingga RM300*.

Promosi Proton Saga September 2026: Harga Saga MC3 & Rebat Terkini

Promosi Saga September 2026

Promosi Proton Saga September 2026 memberi peluang jimat kepada pembeli All-New Saga yang sedang menyemak Harga Proton Saga September 2026 dan Rebate Proton Saga September 2026. Melalui Promosi Proton Saga MC3 September 2026, anda juga boleh melihat Harga Saga MC3 September 2026 mengikut varian. Jumlah penjimatan boleh mencecah RM800*, terdiri daripada rebat tunai RM500 dan rebat trade-in hingga RM300*.

Di Semenanjung Malaysia, harga OTR tanpa insurans bermula RM38,990 untuk Saga 1.5 Standard, RM44,990 untuk Executive dan RM49,990 untuk Premium. Di Sabah dan Sarawak pula, harga bermula RM40,990. Maklumat ini membantu anda semak harga, varian dan jumlah penjimatan sebelum membuat pilihan.

Kempen September menggunakan tema “Wonders of the Malaysian Spirit” dan berlangsung hingga 30 September 2026. Artikel ini turut menerangkan harga setiap varian, rebat, manfaat trade-in serta pilihan Saga yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

Nota penting:
Penjimatan sehingga RM13,000 yang dipaparkan dalam kempen Proton secara keseluruhan adalah untuk model terpilih. Bagi All-New Saga, penjimatan maksimum yang dinyatakan dalam bahan promosi ialah sehingga RM800*, terdiri daripada rebat tunai RM500 dan rebat trade-in sehingga RM300*.

Whatsapp untuk semak harga, rebat dan booking Proton Saga MC3.

Quick Facts — Promosi Saga September 2026

All-New Proton Saga dengan penjimatan hingga RM800 melalui rebat tunai RM500 dan rebat tukar beli RM300.
Kempen Wonders of the Malaysian Spirit memaparkan cash rebate sehingga RM500* dan trade-in rebate sehingga RM300* untuk All-New Proton Saga.
PerkaraMaklumat
ModelAll-New Proton Saga / Saga MC3
Varian1.5 Standard, 1.5 Executive, 1.5 Premium
Tempoh pendaftaran1–30 September 2026
Harga bermulaRM38,990 OTR tanpa insurans
Rebat tunaiRM500
Rebat trade-inSehingga RM300*
Penjimatan maksimumSehingga RM800*
Model YearYM 2026

*Tertakluk kepada terma dan syarat kempen.

Promosi Proton Saga MC3 September 2026 memberi rebat tunai RM500 serta rebat trade-in hingga RM300 kepada pembeli yang layak dan mempunyai kereta untuk ditukar beli.

Untuk promosi model lain, rujuk halaman Promosi Proton September 2026.

Mahu semak harga selepas rebat atau dapatkan quotation Saga MC3?
Hubungi saya melalui WhatsApp untuk semakan promosi semasa dan pilihan pembiayaan.

WhatsApp untuk Semak Promosi Saga September

Harga Proton Saga September 2026 Mengikut Varian

Bagi rujukan anda, Harga Proton Saga September 2026 berbeza mengikut varian dan lokasi daftar. Di Semenanjung Malaysia, harganya tidak sama dengan Sabah dan Sarawak. Semua harga di bawah ialah harga OTR tanpa insurans.

Harga Saga MC3 September 2026 — Semenanjung Malaysia

VarianHarga OTRRebat TunaiHarga Selepas Rebat Tunai*
Saga 1.5 StandardRM38,990RM500RM38,490
Saga 1.5 ExecutiveRM44,990RM500RM44,490
Saga 1.5 PremiumRM49,990RM500RM49,490

Harga Saga MC3 September 2026 untuk Sabah & Sarawak

VarianHarga OTRRebat TunaiHarga Selepas Rebat Tunai*
Saga 1.5 StandardRM40,990RM500RM40,490
Saga 1.5 ExecutiveRM46,990RM500RM46,490
Saga 1.5 PremiumRM51,990RM500RM51,490

Nota : Rebat trade-in sehingga RM300 tidak dimasukkan dalam harga kerana ia hanya untuk pelanggan yang mempunyai kereta untuk trade-in dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Untuk melihat ciri, pilihan warna dan spesifikasi Proton Saga MC3, rujuk halaman Proton Saga MC3.

Jika anda mahu menyemak bayaran bulanan, gunakan Loan Calculator rasmi Proton. Pilih varian, masukkan deposit, tempoh dan kadar pinjaman untuk melihat anggaran bayaran yang sesuai dengan bajet anda.

Jadual Spesifikasi Ringkas Proton Saga MC3

Proton Saga dengan enjin 1.5 i-GT NA
Imej Proton Saga dengan enjin 1.5 i-GT NA yang memaparkan kuasa 88 kW, tork 150 Nm dan penggunaan bahan api 4.9L/100km.

Proton Saga MC3 dilengkapi enjin i-GT 1.5L dengan kuasa 120 PS dan 150 Nm Torque.

PerkaraMaklumat Ringkas
Enjini-GT 1.5L
Kuasa120 PS
Tork150 Nm
Transmisi Standard dan ExecutiveAutomatik 4-kelajuan
Transmisi PremiumCVT
Penggunaan bahan apiSekitar 4.9 hingga 5.1L/100 km*
Kapasiti but420L
Sistem sambunganApple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar*
Ciri keselamatanBergantung pada varian

*Ciri dan angka boleh berbeza berdasarkan varian. Rujuk halaman rasmi All-New Proton Saga untuk info penuh.

Ruang Kabin dan Kapasiti But

Kabin belakang Proton Saga MC3 dengan tempat duduk letherrate berwarna hitam
Imej kabin belakang Proton Saga MC3 yang menampilkan tempat duduk warna gelap pada ruang penumpang belakang.

Proton Saga MC3 sesuai untuk kegunaan pergi balik kerja dan balik kampung. Kabinnya memberi ruang yang selesa untuk pemandu dan penumpang.

Selain itu, but 420L memudahkan anda membawa beg, barang runcit dan barang harian. Jadi, Saga sesuai untuk pembeli yang mahu sedan kecil tetapi praktikal.

Untuk bandingkan setiap varian, lihat juga Info Penuh Proton Saga MC3.

Penggunaan Bahan Api dan Kos Pemilikan

Kecekapan penggunaan minyak All-New Proton Saga MC3 dengan CVT 4.9L/100km dan 4AT 5.1L/100km berdasarkan kitaran pemanduan MDC
All-New Proton Saga MC3 menawarkan penggunaan minyak lebih jimat dengan peningkatan kecekapan bahan api untuk CVT dan transmisi automatik.

Penggunaan bahan api ialah salah satu perkara penting ketika memilih kereta. Proton Saga MC3 menggunakan sekitar 4.9 hingga 5.1L bagi setiap 100 km, bergantung pada varian.

Namun, penggunaan sebenar boleh berubah kerana trafik, cara memandu, tekanan tayar dan penggunaan penyaman udara. Untuk jimat minyak, pandu dengan cermat dan servis kereta mengikut jadual.

Selain itu, kos menjaga Saga juga lebih mudah diurus. Promosi Saga September 2026 turut memberi penjimatan kepada pembeli yang sedang menilai model ini.

Untuk info cukai jalan, anda boleh merujuk panduan rasmi JPJ.

Ciri Keselamatan Proton Saga MC3

ADAS Hardware Capability Proton Saga MC3 dengan Monocular Camera 150m dan Rear Side Radar 120m untuk sistem keselamatan pintar
All-New Proton Saga MC3 dilengkapi sistem ADAS dengan Monocular Camera sehingga 150 meter dan Rear Side Radar sehingga 120 meter untuk keselamatan menyeluruh.

Keselamatan ialah perkara penting sebelum membeli kereta. Ciri keselamatan Proton Saga MC3 berbeza bagi setiap varian.

Antara ciri yang ada ialah:

  • ABS, EBD dan Brake Assist
  • Hill Start Assist
  • Sensor parkir
  • Kamera undur untuk varian Executive dan Premium
  • Enam Beg udara bagi varian Premium
  • Autonomous Emergency Braking bagi varian Premium
  • Lane Departure Warning
  • Blind Spot Monitoring
  • Rear Cross Traffic Alert

Selain itu, Proton Saga MC3 mendapat 4 bintang ASEAN NCAP. Info ini boleh dijadikan panduan sebelum anda memilih varian yang sesuai.

Sistem Infotainmen dan Ciri Harian

Paparan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto pada Proton Saga MC3 dengan reka bentuk dalaman moden dan skrin infotainment pintar
Proton Saga MC3 tampil lebih pintar dengan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto untuk pengalaman pemanduan yang lebih mudah dan selamat.

Jika anda mahu sambung telefon dengan lebih mudah, Saga Executive dan Premium hadir dengan skrin sentuh 9 inci. Kedua-dua varian juga mempunyai Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Berapa Rebate Proton Saga September 2026?

Proton Saga warna biru bersama keluarga di kawasan padang golf hijau
Proton Saga berwarna Deep Marine Blue dipaparkan bersama keluarga di padang golf dalam suasana hijau dengan tema Made Iconic By You.

Rebate Proton Saga September 2026 ialah rebat tunai RM500Rebate Proton Saga September 2026 ialah rebat tunai RM500 untuk varian Standard, Executive dan Premium. Pembeli yang layak dan ada kereta untuk trade-in juga boleh dapat rebat hingga RM300*. Melalui Promosi Proton Saga MC3 September 2026, jumlah penjimatan boleh sampai RM800*.

Pecahan Rebate Proton Saga September 2026 ialah:

  • Rebat tunai: RM500
  • Rebat trade-in: hingga RM300*
  • Jumlah penjimatan: hingga RM800*

Secara ringkas, jumlah RM800 ialah gabungan rebat tunai RM500 + rebat trade-in hingga RM300. Rebat trade-in hanya untuk pembeli yang layak dan ikut terma serta syarat., jumlah RM800 ialah rebat tunai RM500 + rebat trade-in hingga RM300. Rebat trade-in hanya untuk pembeli yang layak dan tertakluk kepada terma serta syarat.

WhatsApp untuk Semakan Promosi Proton Saga September

Promosi Proton Saga MC3 September 2026: Apa Yang Berubah?

Promosi Proton Saga memaparkan penjimatan sehingga RM800, rebat tunai sehingga RM500 dan rebat tukar beli sehingga RM300.
All-New Proton Saga menawarkan jumlah penjimatan sehingga RM800, merangkumi rebat tunai sehingga RM500 dan rebat tukar beli sehingga RM300.

Bagi September 2026, Promosi Proton Saga MC3 mempunyai harga rasmi ikut varian, rebat tunai RM500 dan rebat trade-in hingga RM300. Jumlah penjimatan boleh sampai RM800, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sebagai rujukan, Promosi Proton Saga Ogos 2026 juga memberi penjimatan hingga RM800. Namun, syarat promosi boleh berubah setiap bulan. Jadi, gunakan maklumat bulan Ogos sebagai panduan sahaja.

Saga Standard, Executive atau Premium?

All-New Proton Saga berwarna perak dengan harga bermula RM38,990 untuk varian terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.
All-New Proton Saga ditampilkan dengan harga bermula RM38,990* bagi varian terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.

All-New Saga hadir dalam tiga varian, iaitu Standard, Executive dan Premium. Semua varian menggunakan enjin 1.5L i-GT dengan kuasa sehingga 120 PS dan 150 Nm. Perbezaan utama terletak pada gearbox, ciri moden dan tahap keselamatan. Lihat ringkasan di bawah untuk bandingkan ciri setiap varian Saga.

Proton Saga 1.5 Standard

Proton Saga MC3 warna silver dari pandangan sisi
Imej pandangan sisi Proton Saga MC3 Standard berwarna Armour Silver pada latar putih.

Proton Saga Standard ialah varian dengan harga paling rendah dalam rangkaian Saga dan sesuai untuk pembeli yang lebih fokus pada bajet. Dengan harga RM38,990 sebelum rebat, varian ini mempunyai ciri asas yang sesuai untuk penggunaan harian.

Antara ciri utama Saga Standard ialah:

  • enjin 1.5L i-GT;
  • gearbox 4AT;
  • rim aloi 14 inci;
  • paparan meter digital 7 inci;
  • dua beg udara;
  • sensor parkir belakang.

Varian Standard sesuai untuk pembeli pertama atau mereka yang mahu kos beli lebih rendah. Sebelum memilih, lihat perbezaan Saga Standard dan Executive untuk bandingkan ciri kedua-dua varian.

Proton Saga 1.5 Executive

Proton Saga MC3 Executive warna Silver dari pandangan sisi
Imej Proton Saga MC3 Executive berwarna Armour Silver dari pandangan sisi pada latar putih.

Proton Saga Executive berada di tengah antara harga dan ciri. Berbanding Saga Standard, varian ini hadir dengan lebih banyak ciri moden untuk hiburan dan keselesaan.

Antara ciri utama Saga Executive ialah:

  • rim 15 inci;
  • LED DRL;
  • keyless entry;
  • skrin IHU 9 inci;
  • Wireless Apple CarPlay dan Android Auto;
  • kamera undur;
  • sensor parkir hadapan.

Saga Executive menggunakan gearbox 4AT seperti varian Standard. Namun, varian ini mempunyai lebih banyak ciri, terutama dari segi hiburan dalam kereta dan keselesaan.

Proton Saga 1.5 Premium

Proton Saga MC3 Premium warna Silver dari pandangan sisi
Imej Proton Saga MC3 Premium berwarna Armour Silver dari pandangan sisi pada latar putih.

Proton Saga Premium ialah varian paling lengkap dari segi ciri, keselamatan dan keselesaan. Berbanding varian lain, ia mempunyai lebih banyak ciri moden serta sistem keselamatan yang lebih lengkap.

Antara ciri utama Saga Premium ialah:

  • gearbox CVT;
  • enam beg udara;
  • sistem ADAS;
  • rim aloi 15 inci dua tona;
  • cermin sisi lipat sendiri;
  • tempat duduk leatherette;
  • Full LED Rear Tail Light Bar.

Sistem ADAS pada Saga Premium mempunyai fungsi seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW) dan Lane Departure Warning (LDW), serta ciri bantuan lain.

Untuk melihat ciri kedua-dua varian dengan lebih jelas, rujuk Saga Executive dan Premium.

Varian Saga MC3 Mana Paling Berbaloi?

Proton Saga meraikan 2.2 juta unit terjual di seluruh dunia sejak 1985, dengan 2,211,223 unit direkodkan setakat Julai 2026.
Proton Saga mencatatkan 2,211,223 unit terjual di seluruh dunia sejak 1985, berdasarkan angka YTD Julai 2026.

Cadangan: Tiada satu varian Proton Saga MC3 yang sesuai untuk semua pembeli. Pilih antara Standard, Executive dan Premium ikut bajet, ciri keselamatan dan keperluan anda.

Standard sesuai jika anda mahu harga lebih rendah dan ciri asas sudah memadai untuk kegunaan harian.

Executive sesuai jika anda mahu gabungan harga dan ciri yang lebih lengkap. Varian ini mempunyai sistem hiburan moden, sambungan telefon pintar, kamera undur dan beberapa ciri tambahan.

Jika anda lebih fokus pada keselamatan, Premium menawarkan ciri yang lebih lengkap seperti enam beg udara, sistem ADAS dan ciri tambahan lain.

Jadi, jangan pilih berdasarkan jumlah rebat sahaja. Bandingkan juga harga, ciri, keselamatan dan keperluan harian sebelum memilih varian Saga MC3.

Masih tidak pasti antara Standard, Executive atau Premium?
Hubungi saya melalui WhatsApp untuk semak perbandingan harga, quotation dan anggaran bayaran mengikut bajet anda.

Klik WhatsApp untuk semak harga, promosi dan bayaran Saga MC3

Tawaran khas Proton Saga 1.5 Premium dengan ansuran pertama RM9.90?

Proton Saga Premium merah dengan promosi ansuran pertama RM9.90 melalui Proton Commerce, tertakluk pada syarat.
Tawaran Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90 membantu pelanggan yang layak mengurangkan bayaran bagi bulan pertama. Promosi Proton Saga Premium ini tertakluk pada terma, syarat dan kelulusan pembiayaan.

Proton Commerce turut ada promosi khas untuk Proton Saga Premium melalui kempen ansuran pertama RM9.90 bagi pelanggan baharu, tertakluk kepada terma dan syarat. Baki ansuran pertama itu dinyatakan akan dibayar oleh Proton Commerce.

Untuk tahu cara tawaran ini berfungsi, rujuk halaman ansuran pertama Saga Premium RM9.90.

Penting: Promosi bayaran ini mungkin tidak boleh digabungkan dengan semua tawaran Promosi Proton Saga MC3 September 2026. Semak syarat dan kelayakan Rebate Proton Saga September 2026 terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Step Up Plan Proton Saga MC3: Bagaimana Pelan Ini Berfungsi?

Perbandingan Proton Step Up Financing Public Bank dan Bank Muamalat untuk Saga, S70 dan X50, dari RM188 sebulan
Pembiayaan Step Up Proton ini membandingkan kadar permulaan Public Bank dan Bank Muamalat untuk Saga, S70 dan X50. Public Bank memaparkan kadar dari RM188, RM368 dan RM488 sebulan, manakala Bank Muamalat dari RM355, RM604 dan RM788; terma dan syarat dikenakan.

Step Up Plan Proton Saga MC3 ialah pelan bayaran secara berperingkat. Ansuran pada tahun atau peringkat awal boleh lebih rendah, kemudian berubah ikut jadual yang ditetapkan. Pelan ini berkaitan cara bayaran dibuat, bukan program untuk menukar varian Standard kepada Executive atau Premium.

Selepas semak harga Proton Saga bagi September 2026, rebat dan pilihan varian, anda juga boleh melihat pilihan bayaran yang sesuai dengan bajet anda. Step Up Financing Proton Saga MC3 boleh membantu pembeli mengurus bayaran awal dengan jumlah yang lebih rendah pada peringkat tertentu. Semua bayaran tertakluk kepada pelan, syarat dan kelulusan yang berkaitan.

Penting untuk bezakan antara promosi dan pembiayaan. Rebat dalam Promosi Proton Saga September 2026 ialah tawaran promosi. Step Up Financing pula ialah pelan bayaran dengan jadualnya sendiri.

Untuk tahu lebih lanjut, rujuk halaman Proton Step Up Financing.

Semak Step Up Plan Mengikut Varian

Jika anda sudah memilih varian, semak maklumat dan jadual untuk:

Setiap varian mempunyai halaman sendiri supaya anda boleh semak pelan bayaran dengan lebih mudah tanpa mencampurkannya dengan harga atau rebat. Pautan ini membantu anda bergerak daripada penerangan umum Step Up kepada maklumat khusus setiap varian.

Mahu semak pilihan bayaran Saga MC3 mengikut varian dan bajet anda?
Hubungi saya melalui WhatsApp untuk mendapatkan quotation dan anggaran bayaran berdasarkan pilihan anda. Semua permohonan tertakluk kepada syarat dan kelulusan yang berkenaan.

WhatsApp untuk semak pilihan bayaran Step Up Loan untuk Saga MC3

Trade-In Saga September 2026

Promosi trade-in Proton dengan ganjaran sehingga RM2,000 tertakluk kepada terma dan syarat.
Promosi trade-in Proton menawarkan ganjaran sehingga RM2,000 tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi September 2026, Proton Malaysia turut memberi rebat trade-in hingga RM300* untuk Proton Saga kepada pembeli yang layak.

Rebat ini tidak menggantikan nilai sebenar kereta lama anda. Contohnya, jika nilai trade-in kereta anda ialah RM10,000 dan anda mendapat rebat tambahan RM300, jumlah yang diterima boleh menjadi RM10,300.

Maksudnya, rebat trade-in hingga RM300 ialah nilai tambahan kepada harga kereta lama anda. Nilai kereta masih bergantung pada hasil semakan.

Untuk semak trade-in dan buat temu janji penilaian, anda boleh rujuk Proton Certified Pre-Owned.

Kesimpulan: Adakah Promosi Saga September Ini Berbaloi?

All-New Proton Saga dalam kempen Wonders of the Malaysian Spirit dengan jumlah penjimatan sehingga RM800.
All-New Proton Saga tampil dalam kempen Wonders of the Malaysian Spirit dengan penjimatan sehingga RM800*, termasuk cash rebate sehingga RM500* dan trade-in rebate sehingga RM300*.

Promosi Proton Saga September 2026 memberi rebat tunai RM500 untuk Saga YM2026 serta rebat trade-in hingga RM300* bagi pembeli yang layak. Jumlah penjimatan boleh mencecah RM800*.

Di Semenanjung Malaysia, harga OTR tanpa insurans ialah RM38,990 untuk Saga Standard, RM44,990 untuk Executive dan RM49,990 untuk Premium. Selepas rebat tunai RM500, harga rujukan Saga MC3 September 2026 menjadi RM38,490, RM44,490 dan RM49,490.

Untuk pilihan varian, Standard sesuai jika anda mahu harga lebih rendah. Executive sesuai untuk mereka yang mahu gabungan harga dan ciri, manakala Premium mempunyai ciri keselamatan dan kelengkapan yang lebih lengkap.

Mahukan quotation Proton Saga MC3 September 2026?
Hubungi saya melalui pautan di bawah untuk semak harga, promosi semasa, trade-in, anggaran bayaran bulanan, test drive dan proses booking. Semua tawaran tertakluk kepada kelayakan, stok serta terma dan syarat semasa.

FAQ Promosi Proton Saga September 2026

Apakah Promosi Proton Saga September 2026?

Promosi September untuk All-New Saga memberi rebat tunai RM500 serta rebat trade-in hingga RM300*. Jumlah penjimatan boleh mencecah RM800*. Tempoh daftar ialah dari 1 hingga 30 September 2026 untuk Saga MC3 YM2026.

Berapa Rebate Proton Saga September 2026?

Rebate Proton Saga September 2026 ialah RM500 dalam bentuk cash rebate untuk Standard, Executive dan Premium. Pembeli yang layak membuat trade-in boleh mendapat rebat hingga RM300*. Jumlah penjimatan boleh mencecah RM800*. Trade-in rebate bukan cash rebate.

Apakah varian Proton Saga MC3 yang ada?

Saga MC3 hadir dalam tiga varian, iaitu 1.5 Standard, 1.5 Executive dan 1.5 Premium. Standard mempunyai harga paling rendah. Executive hadir dengan lebih banyak ciri moden, manakala Premium mempunyai ciri keselamatan dan kelengkapan paling lengkap.

Saga Standard, Executive atau Premium mana lebih sesuai?

Standard sesuai jika anda lebih fokus pada bajet. Executive sesuai jika anda mahu Apple CarPlay, Android Auto, kamera undur dan ciri tambahan. Premium pula sesuai jika anda mahu enam beg udara, ADAS, CVT dan ciri yang lebih lengkap.

Adakah ada rebat trade-in untuk Saga September 2026?

Ya. Bahan promosi menyatakan rebat trade-in hingga RM300*. Jumlah ini adalah tambahan kepada nilai sebenar kereta lama anda. Nilai akhir masih ikut syarat promosi dan hasil semakan kereta.

Adakah Saga Premium ada tawaran ansuran pertama RM9.90?

Ya. Proton Commerce ada promosi ansuran pertama RM9.90 untuk Saga Premium bagi pelanggan baharu, tertakluk kepada terma dan syarat. Semak dahulu sama ada tawaran ini boleh digabungkan dengan promosi lain yang masih aktif.

FAQ Harga Saga MC3 September 2026

Berapa Harga Proton Saga September 2026?

Di Semenanjung Malaysia, harga OTR tanpa insurans ialah RM38,990 untuk Standard, RM44,990 untuk Executive dan RM49,990 untuk Premium. Di Sabah dan Sarawak pula, harganya ialah RM40,990, RM46,990 dan RM51,990.

Berapa Harga Saga MC3 September 2026 selepas rebat?

Selepas rebat tunai RM500, harga di Semenanjung menjadi RM38,490 untuk Standard, RM44,490 untuk Executive dan RM49,490 untuk Premium. Harga ini belum termasuk insurans. Rebat trade-in hingga RM300 juga tidak ditolak kerana ia ialah manfaat tambahan.

Bagaimana cara dapatkan quotation dan booking Saga MC3?

Pilih varian dan warna dahulu. Kemudian, minta quotation ikut lokasi daftar, deposit dan trade-in jika ada. Selepas itu, semak pilihan bayaran, sediakan dokumen dan teruskan booking jika anda setuju dengan harga serta terma.

Nazri Hadi

Nazri Hadi merupakan perunding jualan Proton dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri automotif Malaysia. Beliau telah membantu lebih 1,200 pelanggan memilih model Proton yang sesuai mengikut keperluan dan bajet, serta komited memberikan khidmat konsultasi yang profesional, mesra dan mudah difahami berkaitan harga, promosi, bayaran bulanan dan tempahan kereta Proton.

This Post Has One Comment

Tinggalkan Balasan