Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90
Tawaran Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90 ialah sebahagian daripada Promosi Proton Saga Premium melalui Proton Commerce. Artikel ini menerangkan cara Pembiayaan Proton Saga Premium berfungsi, maksud sebenar tawaran Proton Commerce RM9.90 serta Syarat Ansuran Pertama RM9.90 yang perlu disemak sebelum membuat permohonan.
Pelanggan yang layak hanya perlu membayar RM9.90 bagi ansuran pertama. Proton Commerce akan menanggung baki bayaran pertama mengikut syarat kempen. Namun, jumlah ini bukan ansuran untuk setiap bulan. Bayaran seterusnya bergantung pada deposit, kadar faedah, tempoh pinjaman dan pakej yang diluluskan.
Sebelum membuat booking, semak juga harga dan ciri Proton Saga MC3. Info ini memudahkan anda menilai varian Premium dan memilih jumlah bayaran yang sesuai dengan bajet.
Mahu semak kelayakan dan status promosi semasa?
Dapatkan maklumat harga, syarat ansuran pertama RM9.90 dan dokumen yang diperlukan melalui WhatsApp.
Semak Kelayakan Sekarang
Apakah Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90?

Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90 ialah tawaran khas bagi bayaran bulan pertama. Pelanggan yang layak hanya membayar RM9.90, manakala baki ansuran pertama dibiayai oleh Proton Commerce.
Berikut ialah info utama Promosi Proton Saga Premium RM9.90:
- Khas untuk pelanggan baharu
- Hanya bagi Proton Saga Premium
- Memerlukan kod promosi melalui Proton Commerce Promo
- Kempen ini sah dari 20 Julai hingga 31 Ogos 2026
- Tawaran ini atas dasar “siapa cepat, dia dapat“
- Tertakluk pada terma dan syarat
Namun, kempen Proton Commerce RM9.90 bukan bayaran RM9.90 untuk setiap bulan, ia adalah bayaran untuk bulan pertama sahaja. Bayaran installment bulan kedua dan seterusnya adalah mengikut jadual loan yang telah dipersetujui antara pelanggan dan juga pihak CIMB Proton Commerce.
Untuk info lanjut dan syarat ansuran pertama RM9.90, rujuk Tawaran Kempen Proton Commerce RM9.90.
Syarat Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90
Berikut ialah syarat penting bagi Promosi Proton Saga Premium dan Syarat Ansuran Pertama RM9.90.
1. Status pelanggan
Tawaran ini hanya untuk pelanggan baharu. Namun, maksud sebenar “pelanggan baharu” perlu disemak dengan Proton Commerce. Hubungi SA Nazri Hadi untuk membuat semakan awal.
2. Status kerja dan pendapatan
Pemohon perlu memberi bukti kerja atau sumber pendapatan. Dokumen ini membantu Proton Commerce menilai sama ada pemohon mampu membayar ansuran bulanan.
3. Rekod kredit
Proton Commerce akan semak rekod kredit sebelum meluluskan tawaran Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90. Jika rekod kredit belum mencapai syarat, pemohon mungkin perlu penjamin.
Penjamin perlu mempunyai rekod kredit yang baik dan bukti pendapatan yang kukuh. Syarat ini membantu pemohon memenuhi Syarat Ansuran Pertama RM9.90.
4. Deposit
Jumlah deposit bergantung pada rekod kredit dan bukti pendapatan semasa. CIMB Proton Commerce akan menetapkan jumlah akhir mengikut margin pinjaman yang diluluskan.
5. Tempoh Pembiayaan Proton Saga Premium
Tawaran Pembiayaan Proton Saga Premium RM9.90 hanya tersedia untuk tempoh pinjaman sembilan tahun. Pemohon perlu berumur antara 21 hingga 69 tahun, ini adalah salah satu Syarat Ansuran Pertama RM9.90.
6. Model yang layak
Buat masa ini, tawaran hanya untuk Proton Saga Premium. Varian Standard dan Executive belum termasuk dalam kempen ini.
Jika Syarat Ansuran Pertama RM9.90 berubah, Proton dan Proton Commerce akan membuat pengumuman rasmi.
7. Tempoh kempen
Kempen ini sah dari 20 Julai hingga 31 Ogos 2026. Namun, pendaftaran kereta perlu siap selewatnya pada Jumaat, 28 Ogos 2026.
Tarikh 29 dan 30 Ogos jatuh pada hujung minggu. Sementara itu, 31 Ogos ialah cuti umum Hari Kebangsaan. Jika kempen dilanjutkan, Proton dan Proton Commerce akan membuat pengumuman rasmi.
8. Stok dan kod promosi
Stok kereta, warna dan jumlah kod mungkin terhad. Oleh itu, semak status sebenar dari SA Nazri Hadi sebelum membuat bayaran booking.
Perlu bantuan menyemak syarat?
Tanya tentang dokumen, ansuran selepas bulan pertama dan tempoh pinjaman.
Harga Proton Saga Premium

Jadual berikut adalah pecahan harga bagi Proton Saga Premium.
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Model | Proton Saga |
| Varian | 1.5 Premium |
| Harga jualan bersih | RM49,405 |
| Aksesori standard | RM245 |
| Cukai jalan setahun | RM90 |
| Yuran pendaftaran | RM150 |
| Nombor pendaftaran | RM50 |
| Fi tuntutan hak milik | RM50 |
| Harga atas jalan tanpa insurans | RM49,990 |
| Ansuran pertama promosi | RM9.90 |
| Penyedia pinjaman | Proton Commerce |
| Kelulusan | Tertakluk pada semakan Proton Commerce |
| Tempoh kempen RM9.90 | 20 Julai 2026 hingga 31 Ogos 2026 |
Harga RM49,990 belum termasuk kos insurans. Selain itu, promosi Proton Commerce RM9.90 adalah hanya mengurangkan bayaran pembeli bagi ansuran pertama.
JPJ menetapkan yuran pendaftaran RM150 bagi kereta nasional di bawah 1,500 cc. Namun, senarai harga Proton masih menjadi rujukan utama untuk harga atas jalan model ini. Lihat Pengesahan Yuran Pendaftaran JPJ untuk info lanjut.
Berminat dengan Proton Saga Premium?
Minta senarai harga, pilihan warna dan anggaran ansuran berdasarkan profil anda.
Spesifikasi Proton Saga Premium

Saga Premium ialah varian tertinggi dalam model All-New Saga. Varian ini dengan kotak gear CVT, enam beg udara, sistem bantuan pemandu (ADAS) dan kemasan kabin yang lebih lengkap.
Enjin dan Prestasi Saga Premium

Saga Premium dilengkapi enjin i-GT 1.5 liter dengan empat silinder. Enjin ini menghasilkan kuasa 120 PS dan tork 150 Nm. Varian Saga MC3 Premium turut mempunyai stereng kuasa elektrik serta talaan Proton Ride & Handling.
| Spesifikasi | Proton Saga Premium |
|---|---|
| Enjin | i-GT 1.5 liter |
| Bilangan silinder | 4 |
| Kuasa maksimum | 120 PS |
| Tork maksimum | 150 Nm |
| Kotak gear | CVT |
| Stereng | Kuasa elektrik |
| Rim | Aloi 15 inci dua tona |
Kotak gear CVT memberi pemanduan yang lebih lancar. Oleh itu, Saga Premium sesuai digunakan di bandar dan lebuh raya. Namun, rasa pemanduan sebenar boleh berbeza mengikut cara anda memandu.
Penggunaan Bahan Api Saga Premium

Menurut Proton, Saga Premium dengan enjin 1.5 liter dan CVT mencatat penggunaan bahan api rasmi 4.9 L/100 km berdasarkan Malaysia Driving Cycle.
Namun, penggunaan sebenar boleh berubah kerana:
- Kesesakan lalu lintas
- Cara memandu
- Tekanan tayar
- Jumlah penumpang
- Muatan kereta
- Keadaan jalan
- Penggunaan penghawa dingin
Oleh itu, gunakan angka rasmi ini sebagai panduan sahaja. Penggunaan minyak harian mungkin berbeza.
Ruang Kabin dan Keselesaan

Saga Premium dilengkapi kerusi leatherette dua tona, stereng bawah rata dan pelaras kepala di belakang. Ciri lain termasuk cermin sisi lipat automatik, butang masuk tanpa kunci dan butang hidup enjin.
Selain itu, terdapat tiga port USB serta tingkap pemandu dengan fungsi turun automatik. Kemudahan ini menjadikan penggunaan harian lebih mudah.
Bonet Proton Saga MC3 pula mempunyai ruang 420 liter. Saiz ini sesuai untuk membawa banyak barang, termasuk kerusi bayi dan beg besar.
Sistem Infotainment dan Kemudahan

Saga Premium mempunyai paparan 16 inci yang terdiri daripada meter digital 7 inci dan skrin utama 9 inci.
Antara ciri yang pada Saga Premium ialah:
- Wireless Apple CarPlay
- Wireless Android Auto
- Bluetooth
- Kamera undur
- Empat speaker
- Tiga Port USB
- Sistem ADAS Level 1
Selain itu, kamera undur serta sensor depan dan belakang memudahkan pemandu ketika parkir. Namun, pemandu masih perlu memeriksa ruang di sekitar kereta.
Ciri Keselamatan Saga Premium

Saga Premium MC3 dilengkapi 6 beg udara dan 9 ciri bantuan pemandu ADAS. Sistem ini membantu mengurangkan risiko serta kesan kemalangan dalam situasi yang tidak dijangka.
| Ciri keselamatan | Saga Premium |
|---|---|
| Beg udara | 6 |
| ABS | Ada |
| EBD | Ada |
| Brake Assist | Ada |
| ESC | Ada |
| Kawalan cengkaman | Ada |
| Bantuan mula di bukit | Ada |
| Brek kecemasan automatik | Ada |
| Amaran pelanggaran hadapan | Ada |
| Amaran keluar lorong | Ada |
| Bantuan tukar lorong | Ada |
| Amaran trafik ketika mengundur | Ada |
| Kamera undur | Ada |
| Sensor parkir | Depan dan belakang |
Pakej bantuan pemandu ADAS juga termasuk Front Departure Alert, Intelligent High Beam Control, Rear Collision Warning dan Door Opening Warning.
Promosi Proton Saga Premium Semasa

Manfaat servis percuma selama setahun hanya untuk model tertentu serta pemohon yang layak. Semua tawaran berdasarkan terma dan syarat kempen.
| Tawaran | Manfaat | Kelayakan | Tempoh |
|---|---|---|---|
| Ansuran pertama RM9.90 | Bayaran bulan pertama lebih rendah | Pelanggan baharu yang berusia antara 21 tahun hingga 69 tahun. | Sehingga 31 Ogos 2026 |
| Fresh Wheels for Next Gen | Servis percuma setahun atau 20,000km (yang mana datang terdahulu) | Pelajar dan graduan berusia 18 – 30 tahun; model terpilih | Sehingga 31 Julai 2026 |
Graduan baharu atau pelajar berumur antara 21 hingga 30 tahun boleh memohon Tawaran Fresh Wheels for Next Gen bersama Tawaran Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90.
Hal ini kerana Promosi Proton Saga Premium RM9.90 disediakan melalui CIMB Proton Commerce. Sementara itu, Promosi Graduan diurus oleh Proton Edar. Oleh itu, dua kempen ini boleh dipohon pada masa yang sama tanpa bertindih, mengikut syarat semasa.
Tawaran untuk Pelajar dan Graduan

Pelajar dan graduan boleh melihat kempen Fresh Wheels for Next Gen yang memberi servis percuma selama setahun, tertakluk pada syarat. Kempen ini sah sehingga 31 Julai 2026.
Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui:
Untuk mengetahui sama ada salah satu kempen ini boleh digabungkan dengan Proton Commerce RM9.90, hubungi SA Nazri Hadi. Beliau boleh membantu menyemak syarat, kelayakan dan info terkini.
Adakah Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90 Ini Berbaloi?

Pembiayaan Proton Saga Premium boleh menjadi pilihan yang baik jika ansuran bulanan masih sesuai dengan gaji dan bajet anda. Namun, bayaran RM9.90 pada bulan pertama sahaja belum cukup untuk menilai tawaran ini. Anda juga perlu menyemak jumlah kos sehingga pinjaman tamat.
Promosi ini mungkin sesuai jika anda:
- Memang mahu membeli Saga Premium.
- Mahukan enam beg udara dan ciri bantuan pemandu ADAS.
- Mampu membayar ansuran biasa selepas bulan pertama.
- Sudah menyemak jumlah bayaran penuh.
- Mahu menggunakan kereta untuk tempoh yang lama.
Sebaliknya, pilih varian yang lebih murah jika ansuran bulanan terlalu tinggi. Pilihan ini mungkin lebih sesuai jika anda tidak perlukan semua ciri pada varian Premium. Untuk melihat beza antara Saga Executive dan Saga Premium, rujuk artikel Beza Saga Executive dan Saga Premium.
Sebelum sign perjanjian loan, semak perkara berikut:
- Harga kereta
- Jumlah deposit
- Jumlah loan
- Kadar faedah
- Tempoh loan
- Ansuran selepas bulan pertama
- Jumlah bayaran hingga tamat
- Kos servis
- Caj lain
Selain itu, gunakan kalkulator loan kereta untuk membuat kiraan awal. Namun, hasil kiraan itu hanya anggaran dan bukan tawaran loan rasmi.
Dokumen untuk Memohon Pembiayaan Proton Saga Premium

Proton Commerce meminta beberapa dokumen asas daripada pemohon. Dokumen sebenar bergantung pada jenis kerja dan hasil semakan.
Antara dokumen yang mungkin perlu disediakan ialah:
- MyKad atau pasport bagi bukan rakyat Malaysia
- Lesen memandu yang sah
- Slip gaji tiga atau enam bulan
- Penyata bank tiga atau enam bulan
- Penyata EPF terkini (jika ada)
- Dokumen penjamin, jika diminta
Pemohon yang bekerja sendiri perlu menyediakan:
- Dokumen SSM
- Penyata bank bisnes untuk enam bulan
- MyKad pemilik bisnes
- Borang cukai atau penyata EA (jika ada)
- Dokumen penjamin, jika diminta
Cara Membuat Semakan Tawaran Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90
Ikuti langkah mudah ini sebelum membuat booking:
- Minta senarai harga semasa dari SA Nazri Hadi
- Semak status promosi RM9.90
- Pilih varian dan warna
- Sediakan dokumen yang diminta.
Semakan kelayakan
Semak dokumen, deposit dan pilihan tempoh pinjaman.
Semak Kelayakan Sekarang
Kesimpulan Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90

Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90 membantu pelanggan baharu yang layak meringankan bayaran pada bulan pertama. Proton Commerce menanggung baki ansuran pertama mengikut syarat kempen. Namun, bayaran selepas itu mengikut pakej pinjaman yang diluluskan.
Saga Premium menggunakan enjin 1.5 liter, CVT, enam beg udara dan sistem bantuan pemandu ADAS. Penggunaan minyak rasmi ialah 4.9 L/100 km. Harganya RM49,990 atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia.
Ringkasnya, semak ansuran bulan seterusnya, jumlah bayaran penuh dan semua syarat sebelum memilih.
Sedia untuk memiliki Proton Saga?
Semak harga, promosi atau booking melalui WhatsApp.
Soalan Lazim Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90
1. Apakah Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90?
Tawaran ini khas untuk Proton Saga Premium. Pelanggan hanya membayar RM9.90 bagi ansuran pertama. Baki bayaran pertama pula ditanggung oleh Proton Commerce.
2. Adakah semua ansuran bulanan hanya RM9.90?
Tidak. RM9.90 hanya untuk ansuran pertama. Bayaran bulan kedua dan seterusnya bergantung pada jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh yang diluluskan.
3. Siapakah yang layak memohon promosi ini?
Tawaran ini dibuka kepada pelanggan baharu. Namun, pemohon masih perlu memenuhi syarat kempen dan lulus semakan Proton Commerce.
4. Adakah tawaran ini hanya untuk Saga Premium?
Ya. Tawaran RM9.90 hanya dinyatakan untuk Proton Saga Premium.
5. Apakah dokumen yang perlu disediakan?
Pemohon biasanya perlu menyediakan MyKad, lesen memandu, slip gaji, penyata bank dan penyata KWSP. Dokumen lain mungkin diminta mengikut profil pemohon.
6. Adakah deposit masih diperlukan?
Deposit mungkin masih diperlukan. Jumlahnya bergantung pada margin pinjaman yang diluluskan oleh CIMB Proton Commerce.
7. Berapakah harga Proton Saga Premium?
Harga atas jalan tanpa insurans ialah RM49,990 di Semenanjung Malaysia. Semak harga semasa dengan SA Nazri Hadi sebelum membuat booking.
8. Berapakah ansuran bulanan selepas bayaran pertama?
Tiada jumlah ansuran tetap untuk semua pemohon. Nilainya bergantung pada deposit, jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh yang diluluskan.
9. Berapa lama proses permohonan?
Tempoh proses berbeza bagi setiap pemohon. Ia bergantung pada dokumen, semakan kredit dan urusan Proton Commerce.
10. Adakah pelajar dan graduan boleh memohon?
Pelajar dan graduan boleh menyemak kempen Fresh Wheels for Next Gen. Namun, kelayakan untuk tawaran Proton Commerce RM9.90 serta gabungan kedua-dua kempen perlu disahkan terlebih dahulu. Hubungi SA Nazri Hadi di 017-680 4347 untuk semakan..
11. Adakah servis percuma selama satu tahun masih ada?
Kempen Fresh Graduate Promotion dan Student Promotion menawarkan servis percuma selama setahun hingga 31 Julai 2026. Promosi Proton Saga Premium RM9.90 boleh dimohon bersama kempen tersebut, tertakluk pada syarat semasa.
12. Bagaimanakah cara membuat semakan kelayakan?
Sediakan dokumen asas dan hubungi SA Nazri Hadi di 017-680 4347. Beliau akan membantu membuat semakan awal kelayakan anda.
13. Adakah permohonan melalui semakan CCRIS atau CTOS?
Halaman kempen tidak menyebut CCRIS atau CTOS secara khusus. Namun, Proton Commerce akan membuat semakan kredit. Keperluan penjamin juga bergantung pada hasil semakan tersebut. SA Nazri Hadi akan berkongsi status terkini permohonan pinjaman anda.

