You are currently viewing Fungsi ADAS Saga Premium MC3
Lane Change Assist (LCA).

Fungsi ADAS Saga Premium MC3

Fungsi ADAS Saga Premium membantu meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang dalam setiap perjalanan. Dengan ciri bantuan moden, All-New Proton Saga MC3 2026 menjadi antara sedan mampu milik yang lebih selamat.

Senarai Lengkap Fungsi ADAS Saga Premium

Set Fungsi ADAS Saga Premium hadir dengan beberapa ciri bantuan pemandu. Setiap ciri membantu mengurangkan risiko kemalangan. Teknologi ini juga membantu pemandu bertindak dengan lebih cepat dan tepat.

Sistem Autonomous Emergency Braking (AEB) pada All-New Proton Saga MC3 2026 mengesan pejalan kaki, motosikal dan kenderaan untuk mengelakkan pelanggaran.
Fungsi Autonomous Emergency Braking (AEB) untuk Saga MC3 Premium

1. Autonomous Emergency Braking (AEB)

Sistem ini boleh brek secara automatik apabila mengesan risiko perlanggaran.

2. Forward Collision Warning (FCW)

FCW memberi amaran awal jika kereta terlalu hampir dengan objek atau kenderaan di depan.

3. Front Departure Alert (FDA)

FDA mengingatkan pemandu apabila kereta di depan mula bergerak. Ciri ini sangat berguna ketika trafik sesak.

Sistem Lane Departure Warning (LDW) pada All-New Proton Saga MC3 2026 membantu mengesan pergerakan keluar lorong dan memberi amaran kepada pemandu untuk kekal di laluan.
Ciri Lane Departure Warning (LDW) All-New Saga MC3 2026 – pemandu kekal di laluan dengan lebih selamat.

4. Lane Departure Warning (LDW) untuk Fungsi ADAS Saga Premium

LDW memberi amaran apabila kereta keluar lorong tanpa isyarat.

5. Intelligent High Beam Control (IHBC)

IHBC melaras lampu tinggi untuk elak silau kepada pemandu lain.

Sistem Rear Collision Warning (RCW) All-New Proton Saga MC3 2026 mengesan risiko pelanggaran dari belakang dan memberi amaran kepada pemandu untuk meningkatkan keselamatan.
Ciri Rear Collision Warning (RCW)

6. Rear Collision Warning (RCW) untuk Fungsi ADAS Saga Premium

RCW memberi amaran tentang kenderaan yang menghampiri dari belakang. Oleh itu, pemandu boleh sedar lebih awal.

Teknologi Door Opening Warning (DOW) pada All-New Proton Saga MC3 2026 memberi amaran kepada penumpang sebelum membuka pintu apabila terdapat motosikal atau kenderaan menghampiri dari belakang.
Fungsi Door Opening Warning (DOW) .

7. Door Opening Warning (DOW)

Sistem ini memberi amaran kepada penumpang sebelum pintu dibuka.

Sistem Rear Cross Traffic Alert (RCTA) pada All-New Proton Saga MC3 2026 mengesan kenderaan yang melintas dari arah belakang ketika mengundur untuk mengelakkan perlanggaran.
Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

8. Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

RCTA membantu mengesan kereta yang datang dari sisi ketika anda sedang mengundur. Ciri ini sangat berguna di kawasan parkir sempit.

Visual sistem Lane Change Assist (LCA) pada All-New Proton Saga MC3 2026 yang mengesan kenderaan di blind spot bagi membantu pertukaran lorong dengan lebih selamat.
Lane Change Assist (LCA).

Kelebihan Utama

  • Mengurangkan risiko accident
  • Membantu pemandu bertindak lebih cepat
  • Menambah yakin ketika memandu jauh
  • Memudahkan pemandu dalam trafik sesak
  • Menjadikan Saga MC3 lebih berbaloi dalam segmen sedan mampu milik

Dengan harga mampu milik dan ciri ADAS yang lengkap, Saga MC3 menjadi pilihan yang lebih menarik.

Lihat keputusan ASEAN NCAP untuk tahap keselamatan Saga MC3 terkini : keputusan ASEAN NCAP Saga MC3

Kesimpulan untuk Fungsi ADAS Saga Premium

Saga MC3 terbaru menawarkan ciri ADAS lengkap untuk pemanduan harian yang lebih selamat. Fungsi seperti AEB, LDW, FCW dan RCTA membantu pemandu lebih yakin di jalan raya. Oleh itu, Proton Saga kali ini bukan sahaja berbaloi dari segi harga, tetapi juga dari segi ciri keselamatan moden.

Untuk dapatkan info lebih lanjut berkenaan Saga MC3. Klik disini : Spesifikasi-Saga-MC3

Nazri Hadi

Nazri Hadi merupakan perunding jualan Proton dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri automotif Malaysia. Beliau telah membantu lebih 1,200 pelanggan memilih model Proton yang sesuai mengikut keperluan dan bajet, serta komited memberikan khidmat konsultasi yang profesional, mesra dan mudah difahami berkaitan harga, promosi, bayaran bulanan dan tempahan kereta Proton.

Leave a Reply