Proton Saga MC3 2025 hadir sebagai generasi baharu sedan ikonik Proton dengan naik taraf lebih menyeluruh. Model ini bukan sahaja tampil lebih moden, malah turut menawarkan teknologi, ciri keselamatan dan prestasi yang lebih baik untuk segmen sedan bajet.


Sumber : Proton
Reka Bentuk Luaran & Profil Proton Saga MC3 2025
Model Saga MC3 menampilkan perubahan yang ketara dari luar:
- Gril hadapan dengan motif Sulaman Songket, menonjol sebagai identiti nasional dan elegan.
- Lampu hadapan projektor LED dengan Daytime Running Lamps (DRL) — kali pertama untuk Saga.
- Rim aloi 15-inci dua tona untuk varian tertinggi; rekaannya lebih moden dan dinamik.
- Penambahan elemen keselamatan seperti struktur RESS (Reinforced Safety Structure) dengan bahan Hot Press Forming (HPF) memberi kekuatan badan kereta.

Sumber : Proton

Sumber : Proton

Sumber : Proton
Dalaman & Teknologi Proton Saga MC3
Rekabentuk dalaman juga mengalami lompatan signifikan:
- Instrumen digital dan skrin infotainmen digabungkan dalam satu sistem dual-screen 16 inci — menampilkan depan pemandu dan tengah papan pemuka.
- Sokongan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto bagi memudahkan sambungan telefon pintar tanpa kabel.
- Stereng jenis elektronik (Electric Power Steering) untuk tunjuk rasa memandu yang lebih halus dan responsif.

Sumber : Proton

Sumber : Proton
Prestasi & Kecekapan Bahan Api
Dari segi mekanikal, All-New Saga MC3 mengambil langkah besar:
- Enjin 1.5L i-GT naturally aspirated (NA) empat silinder, menghasilkan anggaran 120 PS dan 150 Nm tork untuk varian teratas.
- Transmisi automatik untuk varian Standard/Executive, dan CVT untuk varian Premium.
- Anggaran penggunaan bahan api adalah sehingga 4.9 L/100km berdasarkan Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC).
Sistem Keselamatan & ADAS
Keselamatan menjadi keutamaan dalam model ini.
- Bakal hadir dengan sehingga 6 beg udara
- Disokong oleh ADAS Level 1 (Advanced Driver Assistance System) yang merangkumi 9 ciri utama seperti
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Front Departure Alert (FDA)
- Intelligent High Beam Control (IHBC)
- Rear Collision Warning (RCW)
- Lane Change Assist (LCA)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Door Opening Warning (DOW)
Model ini juga telah menerima penarafan 4 bintang dalam ujian ASEAN NCAP di bawah protokol lama untuk generasi baharu ini.
Baca sini : Keputusan Ujian ASEAN NCAP SAGA MC3

Sumber : Proton
Proton belum mengumumkan harga penuh untuk pasaran Malaysia. Namun, pelancaran All New Proton Saga dijangka berlangsung pada 11 November 2025. Ramai peminat kereta menjangka harga model ini masih mampu milik dalam segmen A-sedan, selaras dengan imejnya sebagai “kereta rakyat”.
Hubungi Kami Segera
Ingin tahu lebih lanjut tentang All New Proton Saga atau mahu dapatkan tawaran menarik?
Dapatkan detail lebih lanjut berkenaan Saga MC3 disini : Spesifikasi Proton Saga MC3
