Tempahan Awal Saga MC3 kini dibuka untuk rakyat Malaysia yang ingin memiliki sedan Proton generasi baharu. Model ini hadir dengan reka bentuk lebih moden, teknologi pintar dan nilai yang berbaloi dalam segmennya.

Sumber : Proton
Tawaran Tempahan Awal Saga MC3 (Early Booking Offers)
Bagi 20,000 tempahan pertama, pelanggan akan menerima dua tawaran khas iaitu:
- Servis percuma selama satu tahun atau 20,000 km, yang mana tiba dahulu
- Kad Touch ‘n Go Edisi Khas (Special Edition TnG Card)
Tawaran ini sah untuk tempahan yang dibuat dari 10 November 2025 hingga hari pelancaran rasmi. Kereta juga perlu didaftarkan sebelum 31 Disember 2025.
Selain itu, launch package khas yang akan diumumkan tidak lama lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki model baharu ini.

Sumber : Proton
Harga Anggaran untuk Tempahan Awal Saga MC3 2025
Proton Saga MC3 2025 dijangka hadir dengan harga sekitar RM40,000 hingga RM50,000. Harga ini menjadikannya antara sedan A-segmen yang berbaloi untuk rakyat Malaysia.
Selain harga mampu milik, model ini turut hadir dengan reka bentuk dan prestasi yang lebih baik, seperti:
- Enjin baharu 1.5L i-GT yang lebih jimat minyak
- Transmisi CVT dan 4AT dengan penjimatan bahan api sehingga 14.04%
- Ciri sambungan pintar seperti Wireless Apple CarPlay dan Android Auto
- Paparan Dual Screen 16 inci untuk rasa pemanduan yang lebih moden
Dengan gabungan prestasi, gaya dan nilai, tempahan awal Saga MC3 kali ini kelihatan amat menarik

Sumber : Proton
Tempoh dan Syarat Tempahan
Berikut ialah butiran rasmi daripada Proton berkenaan tempahan awal Saga MC3:
| Tempoh Tempahan | Tawaran Eksklusif |
|---|---|
| 10 Nov 2025 – Hari Pelancaran Rasmi | 1 Tahun Servis Percuma + Kad TnG Edisi Khas |
| Selepas Hari Pelancaran | Tiada tawaran eksklusif |
Terma dan Syarat:
- Terhad kepada 20,000 tempahan pertama sahaja, mengikut konsep first come, first served.
- Semua kereta mesti didaftarkan sebelum 31 Disember 2025.
- Tawaran sah untuk tempahan dengan nombor IC atau nombor syarikat yang sama.
- Tukar varian model hanya dibenarkan di outlet yang sama dan perlu mendapat kelulusan Proton HQ.
Pelanggan disarankan membuat tempahan awal untuk melayakkan diri menerima tawaran promosi terhad ini.
Kenapa Anda Patut Pilih Proton Saga MC3 2025
All-New Proton Saga MC3 2025 bukan sekadar model baharu. Sedan ini menunjukkan perubahan besar Proton dalam menawarkan gaya, prestasi dan keselesaan yang lebih baik.
Dengan tawaran servis percuma dan kad TnG edisi khas, pembelian anda menjadi lebih berbaloi. Anda juga boleh jimat kos servis dan menikmati pemanduan moden yang sesuai dengan gaya hidup masa kini.
Oleh itu, All-New Proton Saga MC3 2025 sesuai untuk pemandu muda, keluarga kecil dan mereka yang mahukan sedan bertenaga pada harga mampu milik.
Tempah Sekarang
Tempahan All-New Proton Saga MC3 2025 kini dibuka sehingga pelancaran rasmi. Rebut peluang ini untuk menjadi antara 20,000 pelanggan pertama yang menerima tawaran khas ini. Klik link sini untuk dapatkan info penuh berkenaan Proton Saga MC3 Terkini : Spesifikasi Proton Saga MC3

