You are currently viewing All New Proton Saga MC3 2025
Reka bentuk moden All-New Proton Saga MC3 2025 - gril baharu dengan Sulaman Songket dan lampu LED DRL

All New Proton Saga MC3 2025

Proton Saga MC3 2025 hadir sebagai generasi baharu sedan ikonik Proton dengan naik taraf lebih menyeluruh. Model ini bukan sahaja tampil lebih moden, malah turut menawarkan teknologi, ciri keselamatan dan prestasi yang lebih baik untuk segmen sedan bajet.

Proton Saga MC3 2025 berwarna merah dengan gril Sulaman Songket dan lampu LED DRL
Reka bentuk moden All-New Proton Saga MC3 2025 – gril baharu dengan Sulaman Songket dan lampu LED DRL
Proton Saga MC3 2025 berwarna merah dengan reka bentuk moden dan rim dua tona
All-New Proton Saga MC3 2025 tampil dengan gaya segar, gril Sulaman Songket, lampu LED dan rim dua tona

Sumber : Proton

Reka Bentuk Luaran & Profil Proton Saga MC3 2025

Model Saga MC3 menampilkan perubahan yang ketara dari luar:

  • Gril hadapan dengan motif Sulaman Songket, menonjol sebagai identiti nasional dan elegan.
  • Lampu hadapan projektor LED dengan Daytime Running Lamps (DRL) — kali pertama untuk Saga.
  • Rim aloi 15-inci dua tona untuk varian tertinggi; rekaannya lebih moden dan dinamik.
  • Penambahan elemen keselamatan seperti struktur RESS (Reinforced Safety Structure) dengan bahan Hot Press Forming (HPF) memberi kekuatan badan kereta.
Bahagian dalaman Proton Saga MC3 2025 dengan skrin dwi-paparan 16 inci dan rekaan “Pantai” beralun
Ruang kabin All-New Proton Saga MC3 2025 – rekaan dalaman serba baharu dengan skrin digital, stereng gaya kereta sukan, dan corak “Pantai” beralun yang unik.

Sumber : Proton

Paparan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar dalam Proton Saga MC3 2025
All-New Proton Saga MC3 2025 dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar

Sumber : Proton

Paparan dwi skrin 16 inci Proton Saga MC3 2025 dengan paparan digital 9 inci infotainmen dan 7 inci meter kluster
All-New Proton Saga MC3 2025 dengan sistem paparan digital 16 inci

Sumber : Proton

Dalaman & Teknologi Proton Saga MC3

Rekabentuk dalaman juga mengalami lompatan signifikan:

  • Instrumen digital dan skrin infotainmen digabungkan dalam satu sistem dual-screen 16 inci — menampilkan depan pemandu dan tengah papan pemuka.
  • Sokongan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto bagi memudahkan sambungan telefon pintar tanpa kabel.
  • Stereng jenis elektronik (Electric Power Steering) untuk tunjuk rasa memandu yang lebih halus dan responsif.
Ruang enjin Proton Saga MC3 2025 dengan enjin 1.5L i-GT dan sistem CVT
Enjin 1.5L i-GT Proton Saga MC3 2025 direka untuk lebih lancar, jimat bahan api

Sumber : Proton

Perbandingan prestasi enjin Proton Saga MC3 2025 i-GT 1.5 dengan transmisi CVT dan 4AT
All-New Saga MC3 2025 dengan enjin i-GT 1.5 baharu dengan pilihan CVT dan 4AT – bahan api antara 4.9L hingga 5.1L bagi setiap 100km

Sumber : Proton

Prestasi & Kecekapan Bahan Api

Dari segi mekanikal, All-New Saga MC3 mengambil langkah besar:

  • Enjin 1.5L i-GT naturally aspirated (NA) empat silinder, menghasilkan anggaran 120 PS dan 150 Nm tork untuk varian teratas.
  • Transmisi automatik untuk varian Standard/Executive, dan CVT untuk varian Premium.
  • Anggaran penggunaan bahan api adalah sehingga 4.9 L/100km berdasarkan Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC).

Sistem Keselamatan & ADAS

Keselamatan menjadi keutamaan dalam model ini.

  • Bakal hadir dengan sehingga 6 beg udara
  • Disokong oleh ADAS Level 1 (Advanced Driver Assistance System) yang merangkumi 9 ciri utama seperti
    • Autonomous Emergency Braking (AEB)
    • Forward Collision Warning (FCW)
    • Lane Departure Warning (LDW)
    • Front Departure Alert (FDA)
    • Intelligent High Beam Control (IHBC)
    • Rear Collision Warning (RCW)
    • Lane Change Assist (LCA)
    • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
    • Door Opening Warning (DOW)

Model ini juga telah menerima penarafan 4 bintang dalam ujian ASEAN NCAP di bawah protokol lama untuk generasi baharu ini.
Baca sini : Keputusan Ujian ASEAN NCAP SAGA MC3

Varian warna dan rekaan rim baharu Proton Saga MC3 2025 termasuk Deep Marine Blue, Ruby Red, Space Grey, Snow White, dan Armour Silver
All-New Proton Saga MC3 2025 kini tampil dengan lima pilihan warna menarik dan rekaan rim aloi baharu bersaiz 14 hingga 15 inci, gaya moden dan dinamik untuk setiap varian.

Sumber : Proton

Proton belum mengumumkan harga penuh untuk pasaran Malaysia. Namun, pelancaran All New Proton Saga dijangka berlangsung pada 11 November 2025. Ramai peminat kereta menjangka harga model ini masih mampu milik dalam segmen A-sedan, selaras dengan imejnya sebagai “kereta rakyat”.

Hubungi Kami Segera

Ingin tahu lebih lanjut tentang All New Proton Saga atau mahu dapatkan tawaran menarik?
Dapatkan detail lebih lanjut berkenaan Saga MC3 disini : Spesifikasi Proton Saga MC3

Nazri Hadi

Nazri Hadi merupakan perunding jualan Proton dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri automotif Malaysia. Beliau telah membantu lebih 1,200 pelanggan memilih model Proton yang sesuai mengikut keperluan dan bajet, serta komited memberikan khidmat konsultasi yang profesional, mesra dan mudah difahami berkaitan harga, promosi, bayaran bulanan dan tempahan kereta Proton.

Leave a Reply