You are currently viewing Proton X70 Sport Edition 2026: Harga, Promosi & 600 Unit Terhad
Proton X70 Sport Edition tampil dengan gaya lebih sporty pada varian 1.5TD Premium, dengan harga selepas rebat bermula RM112,800 di Semenanjung Malaysia.

Proton X70 Sport Edition 2026: Harga, Promosi & 600 Unit Terhad

Proton X70 Sport Edition

Proton X70 Sport Edition ialah SUV premium untuk pembeli yang mahukan gaya lebih eksklusif tanpa mengabaikan keselesaan keluarga, prestasi dan ciri keselamatan. Dalam halaman ini, anda boleh semak X70 Sport Edition 2026, termasuk Harga X70 Sport Edition, Spesifikasi X70 Sport Edition dan Promosi X70 Sport Edition terkini.

Dibina berasaskan Proton X70 1.5TD Premium, model ini hadir dengan kemasan Quartz Black, rim hitam 19 inci, body skirt khas serta jahitan merah di kabin. Dengan tagline “Luxury Refined. Performance Amplified.”, edisi ini sesuai untuk pemandu yang mahukan SUV dengan imej lebih sporty.

Klik WhatsApp dibawah untuk harga terkini, promosi semasa, semakan loan percuma dan tempahan Proton X70 Sport Edition.

WhatsApp Sales Advisor

Apa Itu Proton X70 Sport Edition?

Proton X70 Sport Edition in black with red lighting, showcasing the sporty exterior package and promotional price in Malaysia
Proton X70 Sport Edition 2026.

Proton X70 Sport Edition ialah versi khas berasaskan varian 1.5TD Premium. Model ini hadir dengan pakej tambahan yang memberi gaya lebih sporty dan agresif berbanding X70 Premium biasa.

Model ini sesuai untuk pembeli yang mahukan:

  • SUV keluarga yang luas dan selesa.
  • Rekaan luaran yang lebih sporty.
  • Ciri keselamatan dan ADAS yang lengkap.
  • Kemasan kabin lebih eksklusif.
  • SUV yang sesuai untuk kegunaan harian serta perjalanan jauh.

Berbanding X70 Premium biasa, X70 Sport Edition tampil dengan body skirt khas, rim hitam 19 inci, emblem Sport Edition dan jahitan merah pada kabin.

Untuk info lanjut, anda boleh rujuk maklumat lanjut Proton X70.

Harga X70 Sport Edition 2026

Poster pakej pelancaran Proton X70 Sport Edition dengan maklumat waranti, pembiayaan, trade-in dan harga promosi
Pakej Proton X70 Sport Edition.

Berikut ialah harga semasa Proton X70 Sport Edition.

PerkaraHarga
Harga OTR tanpa insurans selepas rebatRM112,800
Sport Edition PackageRM2,500
Anggaran harga keseluruhanRM115,300

Harga akhir boleh berubah mengikut promosi, lokasi pendaftaran dan syarat semasa.

Pembeli juga menerima manfaat seperti waranti lima tahun tanpa had jarak, data 2GB sebulan selama lima tahun dan enam kali servis buruh percuma. Semua tawaran tertakluk kepada terma dan syarat Proton.

Untuk semakan promosi semasa, lihat harga dan varian Proton X70.

Klik WhatsApp dibawah untuk semakan Harga X70 Sport Edition dan kiraan ansuran bulanan.
Semak Harga Melalui WhatsApp

Apa Yang Anda Dapat Dengan Sport Edition Package?

Proton X70 Sport Edition 2026 in Quartz Black showing front and rear views with exterior and interior package details
Proton X70 Sport Edition 2026 tampil dalam warna Quartz Black dengan paparan ciri luaran dan dalaman, rim aloi 19 inci hitam, skirt sporty, emblem Sport Edition dan jahitan merah.

Sport Edition Package memberi Proton X70 gaya yang lebih sporty dan agresif.

Antara aksesori yang disertakan ialah:

  • Quartz Black body colour.
  • Black 19-inch alloy wheels.
  • Sport Edition front skirt.
  • Sport Edition side skirt.
  • Sport Edition rear skirt.
  • Sport Edition emblem.
  • Red stitching steering wheel.
  • Red stitching armrest.
  • Red seat stitching dengan logo Sport Edition.
  • Boot tray.

Pakej ini sesuai untuk pembeli yang mahukan SUV yang lebih bergaya. Semua aksesori adalah pakej rasmi yang sepadan dengan reka bentuk asal Proton X70.

Klik sini untuk dapatkan Brochure Rasmi Proton X70 Sport Edition

Spesifikasi X70 Sport Edition

Enjin dan Prestasi

Poster Proton X70 2026 yang memaparkan enjin i-GT 1.5TD dengan kuasa 133kW dan 290 Nm, sesuai untuk rujukan spesifikasi, harga dan promosi terkini.
Proton X70 2026 dilengkapi enjin i-GT 1.5TD yang menawarkan 133kW (181 PS) dan 290 Nm, dengan fokus pada prestasi, kecekapan bahan api, kebolehpercayaan dan emisi lebih bersih.

Dalam Spesifikasi X70 Sport Edition, variant ini menggunakan enjin i-GT turbo 1.5L dengan empat silinder sebaris. Enjin ini menggunakan sistem suntikan terus untuk prestasi yang lebih pantas dan lancar.

Spesifikasi EnjinMaklumat
Jenis enjini-GT, 4 silinder sebaris, turbocharged
Kapasiti enjin1,499 cc
Kuasa maksimum133 kW / 181 PS pada 5,500 rpm
Tork maksimum290 Nm pada 2,000–3,500 rpm
Sistem bahan apiDirect Injection
Tangki bahan api60 litre

Dengan tork 290 Nm, X70 Sport Edition sesuai untuk pemanduan di bandar dan juga lebuh raya. Tork pada rpm rendah juga membantu ketika memotong atau mendaki.

Transmisi dan Pemanduan

Poster Proton X70 2026 yang memaparkan transmisi 7-Speed DCT untuk rujukan Spesifikasi Proton X70, Harga Proton X70 2026 dan Promosi Proton X70 terkini.
Proton X70 2026 dilengkapi transmisi 7-Speed Dual Clutch Transmission (DCT) yang memberikan penukaran gear lebih lancar, pantas dan efisien untuk pemanduan harian.

X70 Sport Edition menggunakan DCT 7-kelajuan . Transmisi ini menukar gear dengan lebih pantas dan lancar, terutama ketika memandu di lebuh raya.

Model ini juga mempunyai mod pemanduan Normal, Eco dan Sport. Pilih mod yang sesuai mengikut keadaan jalan dan gaya pemanduan anda.

Penggunaan Bahan Api

Proton X70 MC3 dengan enjin i-GT 1.5TD, transmisi 7-speed dual clutch dan penggunaan bahan api 6.9L per 100km
Proton X70 2026 dengan enjin i-GT 1.5TD dan 7-speed dual clutch.

Penggunaan bahan api Proton X70 Sport Edition adalah antara yang paling efisien dalam kategori SUV Segmen C. Namun, kadar penggunaan minyak sebenar boleh berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti

  • Keadaan trafik.
  • Cara pemanduan.
  • Bilangan penumpang.
  • Penggunaan penghawa dingin.
  • Tekanan tayar.
  • Laluan bandar atau lebuh raya.

Untuk mendapatkan penjimatan bahan api yang lebih baik, gunakan mod Eco apabila sesuai dan pastikan kenderaan diservis mengikut jadual penyelenggaraan yang disyorkan.

Ruang Kabin dan Keselesaan

Proton X70 2026 berwarna biru dengan paparan dimensi 4532 mm panjang, 1831 mm lebar dan 1694 mm tinggi untuk rujukan spesifikasi SUV Proton.
Proton X70 2026 menampilkan dimensi 4532 mm panjang, 1831 mm lebar dan 1694 mm tinggi, sesuai untuk pembeli yang ingin menyemak saiz badan serta Spesifikasi Proton X70.

dari segi Spesifikasi X70 Sport Edition, variant menawarkan kabin yang selesa untuk keluarga kecil hingga sederhana. SUV ini berukuran 4,532 mm panjang, 1,831 mm lebar dan 1,694 mm tinggi. Jarak rodanya ialah 2,670 mm.

Saiz ini memberi ruang yang selesa untuk penumpang depan dan belakang. Kabinnya juga sesuai untuk perjalanan jauh.

Antara ciri utama ialah:

  • Tempat duduk pemandu elektrik 6 arah dengan lumbar support.
  • Tempat duduk penumpang hadapan elektrik 4 arah.
  • Kerusi hadapan berpengudaraan.
  • Rear air vents.
  • Panoramic sunroof.
  • Power tailgate dengan Nearby Auto Open.
  • Ambient lighting.
  • Air purifier system.
  • Rear armrest.
  • Boot tray.

Selain daripada itu, Spesifikasi X70 Sport Edition juga lengkap dengan skrin 12.3 inci, voice command, Apple CarPlay tanpa wayar, Android Auto tanpa wayar dan aplikasi PROTON Link.

Ciri Keselamatan dan ADAS

Proton X70 2026 dengan ciri keselamatan ADAS, ASEAN NCAP 5-Star, AEB, ACC, LDW, LCA, TPMS dan sistem bantuan pemanduan pintar.
Proton X70 2026 – ciri ADAS Proton X70 terkini .

Keselamatan merupakan antara kekuatan utama dalam Spesifikasi X70 Sport Edition. Model ini dilengkapi enam SRS airbags serta pelbagai sistem kawalan keselamatan aktif.

Antara ciri keselamatan utama ialah:

  • 6 SRS airbags.
  • Anti-lock Braking System.
  • Electronic Brake Distribution.
  • Brake Assist System.
  • Electronic Stability Control.
  • Traction Control System.
  • Hill Hold Assist.
  • Hill Descent Control.
  • Auto Brake Hold.
  • Electronic Parking Brake.
  • Tyre Pressure Monitoring System.
  • Kamera 360° HD dengan 180° Transparent View.
  • Front parking sensors.
  • Rear parking sensors.
  • Immobiliser dan anti-theft alarm.

Bagi sistem bantuan pemandu, X70 Sport Edition turut menawarkan ADAS seperti:

  • Autonomous Emergency Braking.
  • Forward Collision Warning.
  • Adaptive Cruise Control dengan Stop and Go.
  • Intelligent Cruise Control.
  • Lane Keep Assist.
  • Lane Departure Warning.
  • Lane Departure Prevention.
  • Lane Centering Control.
  • Traffic Sign Information.
  • Intelligent High Beam Control.
  • Lane Change Assist.
  • Rear Cross Traffic Alert.
  • Rear Collision Warning.
  • Door Opening Warning.

Untuk info keselamatan Proton X70 2026, anda boleh merujuk portal ASEAN NCAP Proton X70

Promosi X70 Sport Edition Terkini

Promosi X70 June 2026 dengan rebate sehingga RM7,000, trade-in rebate RM1,000 dan jumlah diskaun Proton X70 sehingga RM8,000
Promosi X70 June 2026 menawarkan rebate sehingga RM7,000, trade-in rebate RM1,000 dan jumlah penjimatan sehingga RM8,000 untuk Proton X70.

Kempen June Deals menawarkan penjimatan sehingga RM8,000 untuk Proton X70. Tawaran ini termasuk cash rebate sehingga RM7,000 dan trade-in rebate sehingga RM1,000.

Jenis TawaranNilai Maksimum
Cash rebateSehingga RM7,000
Trade-in rebateSehingga RM1,000
Jumlah penjimatanSehingga RM8,000

Promosi Proton X70 Sport Edition tertakluk pada stok, varian, tarikh daftar dan syarat kempen semasa.

Sebelum booking, hubungi Sales Advisor kami untuk semak rebat dan tawaran terkini.

Anda boleh semak promosi terkini Proton X70 Sport Edition untuk info rebat dan tawaran Proton X70 pada bulan Jun 2026.

Klik WhatsApp sekarang untuk mendapatkan harga terkini, promosi semasa, semakan loan percuma, nilai trade-in dan tempahan Proton X70 Sport Edition.
WhatsApp Untuk Promosi X70

Pembiayaan, Road Tax dan Pemilikan

Sebelum booking, semak bayaran bulanan, deposit, tempoh loan dan rekod kewangan anda. Anda juga boleh rujuk panduan pembiayaan hire purchase oleh Bank Negara Malaysia terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian loan.

Selepas kereta didaftarkan, pemilik boleh merujuk portal rasmi JPJ untuk semakan road tax dan lesen kenderaan motor

Berbaloi Atau Tidak Membeli Proton X70 Sport Edition?

Proton X70 Sport Edition sesuai untuk pembeli yang mahukan SUV premium dengan gaya lebih sporty dan aksesori rasmi siap dipasang.

Antara kelebihan model ini ialah:

  • Berasaskan varian 1.5TD Premium.
  • Mempunyai enjin turbo 1.5 litre dengan 181 PS dan 290 Nm.
  • Dilengkapi ciri ADAS.
  • Dilengkapi kamera 360° dan sensor parkir.
  • Kemasan Quartz Black yang lebih menarik.
  • Dilengkapi dengan seat Leatherette yang lebih selesa
  • Mempunyai body kit Sport Edition dari kilang.
  • Ruang kabin selesa untuk kegunaan harian

Model ini sesuai untuk pembeli yang mahu naik taraf daripada sedan atau SUV kecil kepada SUV yang lebih luas, lebih berkuasa dan mempunyai ciri keselamatan lebih lengkap.

Untuk rujukan lanjut, lihat juga spesifikasi penuh Proton X70.

Tempah Proton X70 Sport Edition Hari Ini

Interior Proton X70 Sport Edition dengan kerusi kulit hitam, logo Sport Edition dan nappa seat serta jahitan merah eksklusif
Ruang dalaman Proton X70 Sport Edition – kerusi nappa hitam dengan logo Sport Edition dan jahitan merah yang memberi gaya lebih sporty.

Nak semak stok, harga selepas rebat atau bayaran bulanan?

Hubungi Sales Advisor untuk:

  • Semakan harga terkini.
  • Promosi dan rebat semasa.
  • Semakan kelayakan loan percuma.
  • Anggaran bayaran bulanan.
  • Semakan trade-in.
  • Booking online Proton X70 Sport Edition.

Klik WhatsApp sekarang untuk mendapatkan harga terkini, promosi semasa, semakan loan percuma dan tempahan Proton X70 Sport Edition.
WhatsApp Sales Advisor Sekarang

FAQ Proton X70 Sport Edition

Apa itu Proton X70 Sport Edition?

Proton X70 Sport Edition ialah versi khas Proton X70 1.5TD Premium yang hadir dengan rim hitam 19 inci, body skirt khas, emblem Sport Edition dan jahitan merah dalam kabin.

Berapa Harga X70 Sport Edition?

Harga OTR tanpa insurans selepas rebat yang dipaparkan ialah RM112,800. Sport Edition Package pula berharga RM2,500, menjadikan anggaran harga keseluruhan RM115,300.

Apa yang termasuk dalam Sport Edition Package?

Pakej ini merangkumi warna Quartz Black, rim hitam 19 inci, front skirt, side skirt, rear skirt, emblem khas, jahitan merah pada stereng, armrest, tempat duduk dan boot tray.

Apakah perbezaan X70 Sport Edition dengan X70 Premium?

X70 Sport Edition dibina berasaskan X70 1.5TD Premium. Perbezaan utama ialah aksesori luaran dan dalaman khas, termasuk body kit, rim hitam serta jahitan merah.

Adakah X70 Sport Edition mempunyai ADAS?

Ya. Model ini mempunyai ciri ADAS seperti Autonomous Emergency Braking, Forward Collision Warning, Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist dan Lane Change Assist.

Berapa penggunaan minyak Proton X70 Sport Edition?

Penggunaan minyak adalah serendah 6.9 liter untuk 100km bagi perjalanan jauh. Penggunaan sebenar bergantung pada gaya pemanduan, trafik, laluan dan jumlah penumpang.

Adakah Proton X70 Sport Edition layak menerima promosi?

Promosi dan rebat bergantung pada stok, kempen semasa, kelayakan pembeli serta tarikh pendaftaran. Hubungi Sales Advisor untuk semakan promosi terkini.

Bagaimana cara membuat tempahan Proton X70 Sport Edition?

Hubungi Sales Advisor melalui WhatsApp 0176804347 untuk semakan stok, harga, promosi, loan, trade-in dan proses booking.

Adakah saya boleh membuat semakan loan sebelum booking?

Ya. Anda boleh membuat semakan kelayakan loan percuma sebelum booking bagi mengetahui anggaran deposit dan ansuran bulanan.

Nazri Hadi

Nazri Hadi merupakan perunding jualan Proton dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri automotif Malaysia. Beliau telah membantu lebih 1,200 pelanggan memilih model Proton yang sesuai mengikut keperluan dan bajet, serta komited memberikan khidmat konsultasi yang profesional, mesra dan mudah difahami berkaitan harga, promosi, bayaran bulanan dan tempahan kereta Proton.

Leave a Reply