Loan Kereta Proton 2026
Anda dah jumpa kereta Proton impian anda. Harga pun sesuai. Tapi satu soalan besar masih belum terjawab berapa ansuran bulanan loan kereta Proton 2026 anda?
Ramai pembeli buat kesilapan dengan fokus pada harga kereta semata-mata, tanpa faham cara kira ansuran dan syarat loan yang sebenar. Akibatnya, mereka terkejut bila bank tolak permohonan, atau ansuran bulanan melebihi bajet.
Dalam panduan ini, anda akan belajar cara kira ansuran loan kereta Proton dengan tepat, faktor yang mempengaruhi kelulusan, dan bank mana yang menawarkan kadar faedah terbaik pada 2026. Jadi, baca artikel ini sampai habis sebelum anda tandatangan mana-mana dokumen.
Berapa Harga Kereta Proton 2026 Yang Boleh Anda Mampu?
Sebelum memilih model Proton 2026, pembeli digalakkan membuat semakan awal kelayakan loan kereta. Ini penting supaya bayaran bulanan tidak membebankan dan permohonan pinjaman lebih mudah dipertimbangkan oleh pihak bank.
Secara asasnya, bank akan melihat gaji bersih, komitmen bulanan sedia ada, dan ansuran kereta baharu. Untuk anggaran mudah, semakan boleh dibuat berdasarkan minimum NDI bank, iaitu sekitar RM1,300.
NDI bermaksud Net Disposable Income, iaitu baki pendapatan bersih selepas ditolak komitmen bulanan.
Formula Asas Semak Kelayakan Loan Kereta
Minimum Pendapatan Diperlukan = Minimum NDI + Ansuran Kereta Baharu + Komitmen Bank Sedia Ada
Atau dalam bentuk ringkas:
Minimum Pendapatan Diperlukan = RM1,300 + New Installment + Existing Installment
Di mana:
Minimum NDI: RM1,300
New Installment: Ansuran bulanan kereta Proton baharu
Existing Installment: Komitmen bank sedia ada seperti loan rumah, loan peribadi atau kereta lain
Jika gaji bersih melebihi minimum pendapatan diperlukan, permohonan loan berpotensi untuk lulus. Jika gaji bersih lebih rendah, permohonan mungkin sukar diluluskan.

Contoh Situasi A: Berpotensi Lulus
Encik Ali mempunyai gaji bersih sebanyak RM1,800 sebulan. Beliau ingin membeli Proton Saga Standard dengan anggaran bayaran bulanan sebanyak RM430.
Encik Ali tidak mempunyai komitmen bank lain.
Kiraan Kelayakan Loan Encik Ali
Minimum Pendapatan Diperlukan = RM1,300 + RM430 + RM0
Jumlah = RM1,730
Gaji bersih Encik Ali ialah RM1,800. Ini bermaksud pendapatan beliau masih melebihi jumlah minimum yang diperlukan, iaitu RM1,730.
Kesimpulan Situasi A
Permohonan loan Encik Ali berpotensi untuk lulus, tertakluk kepada rekod CCRIS, CTOS, dokumen pendapatan dan syarat semasa pihak bank.
Contoh Situasi B: Berisiko Tidak Lulus
Encik Abu mempunyai gaji bersih sebanyak RM2,500 sebulan. Beliau ingin membeli Proton Saga Premium dengan anggaran bayaran bulanan sebanyak RM520.
Encik Abu juga mempunyai komitmen loan rumah sebanyak RM800 sebulan.
Kiraan Kelayakan Loan Encik Abu
Minimum Pendapatan Diperlukan = RM1,300 + RM520 + RM800
Jumlah = RM2,620
Gaji bersih Encik Abu ialah RM2,500. Ini bermaksud pendapatan beliau lebih rendah daripada jumlah minimum yang diperlukan, iaitu RM2,620.
Kesimpulan Situasi B
Permohonan loan Encik Abu berisiko untuk tidak lulus kerana baki pendapatan selepas komitmen tidak mencukupi berdasarkan anggaran minimum NDI bank.
Gaji Minimum mengikut model Proton 2026
Berdasarkan prinsip ini, berikut adalah model Proton yang sesuai mengikut pendapatan:
| Pendapatan Bersih | Model Proton Sesuai | Ansuran Est. |
| RM1,700 – RM1,800 | Proton Saga MC3 Standard | RM380 – RM430 |
| RM1.900 – RM2,000 | Proton Saga MC3 Premium / Persona | RM600 – RM700 |
| RM2,200 – RM2,600 | Proton S70 / X50 / e.Mas 5 | RM850 – RM1,300 |
| RM2,500 – RM2,800 | Proton X70 /X90 / e.Mas 7 / e.Mas 7 PHEV | RM1,200 – RM1,500 |
Ini memberi anda gambaran awal sebelum anda pergi lebih jauh. Seterusnya, mari kita fahami cara kira ansuran dengan lebih tepat.

Cara Kira Ansuran Loan Kereta Proton 2026
Ramai orang sangka kira ansuran loan kereta itu susah. Sebenarnya, ia mudah kalau anda faham formula asasnya.
4 faktor utama yang menentukan ansuran bulanan anda:
1. Harga Kereta (Principal Loan)
Harga kereta tolak deposit yang anda bayar. Lebih tinggi deposit, lebih rendah ansuran bulanan.
Contoh:
- Harga Proton Saga MC3 Standard: RM38,990
- Deposit 10%: RM3,899
- Principal loan: RM35,091
2. Kadar Faedah (Interest Rate)
Kebanyakan loan kereta di Malaysia menggunakan flat rate dan reducing balance loan telah pun digunakan oleh sesetengah bank. Kadar faedah semasa untuk kereta nasional seperti Proton adalah antara 2.1% hingga 4.0% setahun bergantung kepada bank dan tempoh loan.
3. Tempoh Loan
Tempoh loan kereta di Malaysia boleh antara 3 hingga 9 tahun. Tempoh lebih panjang bermakna ansuran lebih rendah tetapi jumlah faedah yang dibayar adalah lebih tinggi.
4. Formula Kira Ansuran untuk fix rate
Ansuran Bulanan = [Principal Loan + Jumlah Faedah Keseluruhan] ÷ Tempoh Loan (bulan)
Contoh
Jumlah Pinjaman : RM40,000.00
interest rate : 2.8%
Tempoh : 9 Tahun
= RM 40,000 + [(RM 40,000 x 2.8%) x 9 Tahun] ÷ 108 Bulan
= RM 463.71
Contoh kiraan untuk Proton Saga MC3 Standard AT (RM38,990):
| Deposit | Principal | Kadar | Tempoh | Ansuran/bulan |
| 10% (RM3,899) | RM35,091 | 2.8% | 9 tahun | ~RM430 |
| 10% (RM3,899) | RM35,091 | 2.8% | 7 tahun | ~RM510 |
| 20% (RM7,798) | RM31,192 | 2.8% | 9 tahun | ~RM385 |
Oleh itu, semakin besar deposit dan semakin rendah kadar faedah, semakin rendah ansuran bulanan anda.
Ansuran Bulanan Semua Model Proton 2026
Berikut adalah jadual ansuran bulanan untuk semua model Proton terkini 2026 berdasarkan deposit 10%, kadar faedah 2.8%, dan tempoh loan 9 tahun:
| Model Proton | Harga OTR | Deposit 10% | Ansuran Est./bulan |
| Saga MC3 Standard AT | RM38,990 | RM3,899 | ~RM430 |
| Saga MC3 Executive AT | RM44,990 | RM4,499 | ~RM490 |
| Saga MC3 Premium CVT | RM49,990 | RM4,999 | ~RM545 |
| Proton Persona | RM47,800 | RM4,780 | ~RM520 |
| Proton Iriz Active | RM42,800 | RM4,280 | ~RM468 |
| Proton S70 | RM73,800 | RM7,380 | ~RM805 |
| Proton X50 | RM89,800 | RM8,980 | ~RM978 |
| Proton X70 | RM115,800 | RM11,580 | ~RM1,260 |
| Proton X90 | RM148,800 | RM14,880 | ~RM1,620 |
Semak harga OTR terkini semua model Proton sebelum buat permohonan loan kerana harga boleh berubah mengikut promosi semasa.
Bank Terbaik Untuk Loan Kereta Proton 2026
Ini bahagian yang ramai orang terlepas pandang. Memilih bank yang betul boleh jimatkan ribuan ringgit sepanjang tempoh loan anda.
Berikut adalah perbandingan bank utama yang menawarkan loan kereta di Malaysia pada 2026:
| Bank | Anggaran Kadar Faedah (Flat) | Tempoh Maks | Kelulusan |
| Maybank | 2.1% – 3.5% | 9 tahun | Kadar kompetitif |
| CIMB Proton Commerce | 2.4% – 4.0% | 9 tahun | Kelulusan lebih mudah |
| Public Bank | 2.2% – 3.5% | 9 tahun | Baik untuk self-employed |
| RHB Bank | 2.4% – 4.0% | 9 tahun | Popular untuk reducing balance variable rate |
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | 2.2% – 3.5% | 9 tahun | Popular untuk kerajaan |
| AmBank | 2.4% – 4.00% | 9 tahun | Flexible untuk blacklist recovery |
| Hong Leong Bank | 2.3% – 3.6% | 9 tahun | Mudah, proses cepat |
Cadangan berdasarkan situasi anda:
- Kakitangan kerajaan → Bank Simpanan Nasional atau Maybank — kadar terbaik dan proses mudah
- Fresh graduate → CIMB Proton Commerce atau RHB Bank — lebih flexible untuk income rendah
- Self-employed → Public Bank atau CIMB Proton Commerce — lebih memahami income tidak tetap
- Nak kadar paling rendah → Maybank, BSN atau Public Bank
- Nak pembiayaan Islam → Mohon pembiayaan islamic dari mana-mana bank contoh Maybank Islamic Financing
Walau bagaimanapun, kadar faedah yang ditawarkan bergantung kepada credit score, pendapatan, dan rekod CCRIS/CTOS anda. Oleh itu, semak dahulu status kredit anda sebelum mohon.

Syarat Kelayakan Loan Kereta Proton 2026
Sebelum anda mohon loan, pastikan anda memenuhi syarat asas ini:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tetap atau boleh dibuktikan
- Rekod CCRIS bersih atau boleh diterima
Dokumen Yang Diperlukan
Pekerja tetap (PAYG):
- Salinan IC
- Salinan Lesen
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Surat pengesahan jawatan (jika perlu)
Bekerja sendiri (Self-employed):
- Salinan IC
- Salinan Lesen
- Sijil pendaftaran perniagaan (SSM)
- Penyata bank perniagaan 6 bulan
- Borang BE / B Lembaga Hasil Dalam Negeri (Jika ada)
5 Tips Untuk Pastikan Loan Kereta Proton Anda Lulus
Ramai yang kecewa bila permohonan loan ditolak. Namun, dengan persediaan yang betul, peluang kelulusan anda boleh ditingkatkan dengan ketara.
Tip 1: Semak CCRIS dan CTOS Anda Dahulu
Sebelum mohon, semak status kredit anda melalui Bank Negara Malaysia atau portal CTOS. Sekiranya ada rekod tertunggak, selesaikan dahulu sebelum memohon.
Tip 2: Bayar Deposit Lebih Tinggi
Deposit 20% atau lebih memberi signal kepada bank bahawa anda serius dan mempunyai simpanan yang baik. Selain itu, ia juga mengurangkan risiko bank justeru meningkatkan peluang kelulusan.
Tip 3: Jangan Mohon Terlalu Banyak Loan Serentak
Setiap permohonan loan yang anda buat akan meninggalkan rekod dalam CCRIS. Terlalu banyak permohonan dalam masa singkat boleh menjejaskan credit score anda.
Tip 4: Kurangkan Komitmen Bulanan Sedia Ada
Bank mengira DSR (Debt Service Ratio) nisbah antara komitmen bulanan dan pendapatan anda. Sebaiknya DSR tidak melebihi 60–70%. Oleh itu, selesaikan atau kurangkan hutang lain terlebih dahulu.
Tip 5: Mohon Melalui Dealer Proton Authorized
Dealer Proton yang authorized mempunyai hubungan terus dengan pelbagai bank. Mereka boleh bantu cari pakej loan terbaik untuk situasi anda secara percuma. Hubungi wakil jualan Proton Malaysia untuk bantuan permohonan.
Loan Kereta Proton — Konvensional vs Islam
Di Malaysia, anda mempunyai dua pilihan utama — loan konvensional atau pembiayaan Islam.
| Loan Konvensional | Pembiayaan Islam | |
| Konsep | Faedah (interest) | Murabahah / Ijarah |
| Bank | Semua bank perdagangan | Public Bank Islamic, Maybank Islamic, RHB Islamic, Ambank Islamic, BSN Islamic, Hong Leong Islamic, |
| Kadar | 2.1% – 4.0% | 2.1% – 4.0% |
| Perbezaan utama | Faedah boleh berubah | Harga ditetapkan awal |
| Sesuai untuk | Umum | Muslim yang nak patuh Syariah |
Secara praktikalnya, perbezaan ansuran bulanan antara kedua-dua jenis ini adalah sangat kecil. Pilihan bergantung kepada keutamaan peribadi anda.
Verdict Macam Mana Nak Dapat Loan Kereta Proton Terbaik?
Kesimpulannya, mendapatkan loan kereta Proton terbaik bukan sekadar pasal pilih bank dengan kadar faedah paling rendah. Ia melibatkan persediaan menyeluruh dari semak credit score, pilih deposit yang sesuai, hingga pilih tempoh loan yang tepat.
Sebagai panduan ringkas:
- Semak CCRIS/CTOS anda dahulu
- Kira bajet pastikan ansuran tidak melebihi 20% pendapatan bersih
- Bandingkan sekurang-kurangnya 3 bank sebelum pilih
- Mohon melalui dealer authorized untuk proses lebih mudah
- Bayar deposit lebih tinggi kalau mampu
Akhirnya, dengan persediaan yang betul, proses loan kereta Proton anda akan berjalan lancar. Untuk semak model dan harga Proton terkini 2026, lawati laman rasmi kami dan bincang terus dengan consultant kami.
Soalan Lazim (FAQ)
Q: Berapa kadar faedah loan kereta Proton 2026?
Kadar faedah loan kereta Proton 2026 adalah antara 2.1% hingga 3.5% setahun (flat rate) bergantung kepada bank, tempoh loan, dan profil kredit anda. Maybank, BSN, Public Bank dan Hong Leong Bank antara yang menawarkan kadar paling kompetitif.
Q: Berapa lama tempoh loan kereta Proton yang boleh mohon?
Tempoh loan kereta di Malaysia adalah antara 3 hingga 9 tahun. Tempoh 9 tahun akan memberikan ansuran bulanan paling rendah, tetapi jumlah faedah keseluruhan adalah lebih tinggi.
Q: Berapa minimum pendapatan untuk loan Proton Saga MC3?
Secara umumnya, pendapatan bersih minimum sekitar RM1,800 sebulan sudah mencukupi untuk mohon loan Proton Saga MC3 varian Standard dengan deposit 10%. Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada rekod kredit dan komitmen sedia ada.
Q: Boleh tak mohon loan kereta Proton kalau ada rekod CCRIS?
Boleh, tetapi peluang kelulusan bergantung kepada tahap rekod CCRIS anda. Rekod tunggakan lama yang sudah diselesaikan masih boleh dipertimbangkan oleh sesetengah bank. Bincang dengan dealer Proton authorized untuk panduan lanjut.
Q: Bank mana terbaik untuk loan kereta Proton 2026?
Untuk kakitangan kerajaan, BSN dan Maybank adalah pilihan terbaik. Untuk sektor swasta, Maybank, Public Bank dan Hong Leong Bank menawarkan kadar kompetitif. Untuk self-employed, Public Bank dan RHB Bank lebih flexible dalam penilaian kelayakan.
Q: Boleh kira ansuran loan kereta Proton secara online?
Ya, kebanyakan bank mempunyai kalkulator loan di laman web mereka. Anda juga boleh hubungi terus wakil jualan Proton Malaysia untuk simulasi ansuran percuma berdasarkan model dan bajet anda.
Kadar faedah dan syarat loan yang dinyatakan adalah berdasarkan maklumat terkini 2026 dan tertakluk kepada perubahan oleh pihak bank. Semak dengan bank berkenaan untuk maklumat terkini.

