You are currently viewing Promosi Proton S70 November 2026: Harga & Rebate Terkini
Year-End Drive Festa menawarkan penjimatan Proton S70 sehingga RM10,000 melalui cash rebate, Trade-In Rebate dan Year-End Bonus.

Promosi Proton S70 November 2026: Harga & Rebate Terkini

Promosi Proton S70 November 2026

Promosi Proton S70 November 2026 menawarkan penjimatan sehingga RM10,000 bagi S70 MC1 dan potensi penjimatan sehingga RM5,000 bagi S70 MC2, mengikut syarat promosi. Semak Harga Proton S70 November 2026 dan Rebate Proton S70 November 2026 untuk melihat tawaran bagi setiap varian. Panduan Promosi Proton S70 Terkini ini turut merangkumi Harga Proton S70 2026 bagi membantu anda membuat pilihan.

Table of Contents

Artikel ini berkongsi info harga, cash rebate, November Bonus dan tawaran trade-in. Anda juga boleh semak varian Lite, Prime, Premium, Flagship dan Flagship X serta status Executive.

Selain itu, semak spesifikasi dan pilihan loan bagi model pilihan anda. Maklumat harga meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Semua harga OTR yang disenaraikan adalah tanpa insurans.

Promosi Proton S70 November 2026 – Tawaran Terkini

2026 Proton S70 Year-End Drive Festa dengan penjimatan sehingga RM10,000
Year-End Drive Festa menawarkan penjimatan Proton S70 sehingga RM10,000 melalui cash rebate, Trade-In Rebate dan Year-End Bonus.

Kempen Year-End Drive Fiesta menawarkan rebat dan bonus untuk pembeli Proton S70 yang layak. Jumlah penjimatan berbeza mengikut varian dan syarat promosi.

Bagi Proton S70 MC1 Premium, Flagship dan Flagship X, pembeli boleh mendapat cash rebate RM7,000 dan November Bonus RM2,000. Trade-In Rebate hingga RM1,000 turut ditawarkan kepada pembeli yang layak.

Sementara itu, Proton S70 MC2 Lite dan Prime menawarkan rebat pelancaran RM3,000. Bahan promosi turut menyenaraikan Pro-Trade-In Overtrade Support hingga RM2,000.

VarianCash Rebate / Early BirdNovember BonusTrade-In RebatePotensi Jumlah
LiteRM3,000—Hingga RM2,000Hingga RM5,000*
PrimeRM3,000—Hingga RM2,000Hingga RM5,000*
PremiumRM7,000RM2,000Hingga RM1,000Hingga RM10,000*
FlagshipRM7,000RM2,000Hingga RM1,000Hingga RM10,000*
Flagship XRM7,000RM2,000Hingga RM1,000Hingga RM10,000*

Jumlah MC2 ialah potensi gabungan RM3,000 dengan sokongan trade-in hingga RM2,000. Ia bukan pengesahan bahawa semua pembeli boleh mendapat kedua-duanya sekali. Bagi MC1, jumlah tertinggi juga bergantung pada kelayakan.

Gabungan manfaat ini memberi potensi penjimatan hingga RM10,000 bagi S70 MC1 dan RM5,000 bagi S70 MC2. Namun, jumlah sebenar bergantung pada kelayakan dan syarat setiap tawaran.

Untuk melihat promosi model lain, rujuk Promosi Proton November 2026.

Tempoh Sah Promosi

Tempoh pendaftaran bagi promosi November ialah 1 hingga 30 November 2026.

Bagi S70 MC2 Lite dan Prime, Early Bird RM3,000 sah untuk booking dan pendaftaran yang dibuat sebelum atau pada 31 Disember 2026.

Oleh itu, semak tarikh akhir, kelayakan dan syarat promosi sebelum membuat booking.

Harga Proton S70 November 2026 Mengikut Varian

Harga Proton S70 2026 dari RM68,800 dengan harga OTR tanpa insurans
2026 Proton S70 ditawarkan dari RM68,800* sebagai harga pengenalan OTR tanpa insurans, tertakluk pada terma dan syarat.

Harga Proton S70 November 2026 berbeza mengikut varian dan lokasi pendaftaran. Semak harga OTR tanpa insurans bagi S70 MC1 dan MC2 sebelum rebat ditolak.

Jadual Harga S70 MC2 Lite dan Prime

Proton S70 2026 di pentas pelancaran dengan paparan harga selepas rebat RM56,800 untuk Lite dan RM59,800 untuk Prime
Proton S70 2026 Lite dan Prime dipaparkan dengan harga selepas rebat masing-masing RM56,800 dan RM59,800 pada acara pelancaran.
VarianSemenanjung MalaysiaSabah & Sarawak
S70 1.5 LiteRM59,800RM61,800
S70 1.5 PrimeRM62,800RM64,800

Harga S70 MC2 Lite dan Prime ini turut diumumkan semasa pelancaran PROTON pada 22 September 2026.

Jadual Harga S70 MC1 Premium, Flagship dan Flagship X

Pelancaran Proton S70 dengan paparan harga selepas rebate dan barisan varian Executive, Premium, Flagship serta Flagship X
Majlis pelancaran Proton S70 memaparkan harga selepas rebate untuk beberapa varian, termasuk Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.
VarianSemenanjung MalaysiaSabah & Sarawak
S70 1.5TD PremiumRM79,800RM81,800
S70 1.5TD FlagshipRM89,800RM91,800
S70 1.5TD Flagship XRM94,800RM96,800

Harga ini merujuk kepada jadual Promosi Proton S70 November 2026.

Status S70 Executive: Harga RM73,800 di Semenanjung Malaysia dan RM75,800 di Sabah serta Sarawak. Namun varian ini tidak lagi dikeluarkan. Harga ini hanya untuk rujukan.

Harga Proton S70 Selepas Rebat

Jadual berikut adalah harga Proton S70 2026 selepas rebat tunai bagi setiap varian di Semenanjung Malaysia.

VarianHarga OTR SemenanjungRebat TunaiHarga Selepas Rebat
LiteRM59,800RM3,000RM56,800
PrimeRM62,800RM3,000RM59,800
PremiumRM79,800RM7,000RM72,800
FlagshipRM89,800RM7,000RM82,800
Flagship XRM94,800RM7,000RM87,800

Nota: Harga selepas rebat ialah harga rujukan tanpa insurans. Jadual ini belum termasuk November Bonus atau Trade-In Rebate.

Selain semak Harga Proton S70 2026, lihat juga ciri setiap varian dan anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma dengan Sale Advisor kami dengan klik link dibawah.

Rebate Proton S70 November 2026 – Penjimatan Sehingga RM10,000

Proton S70 hitam di Sepang International Circuit dengan pencapaian jualan 20,709 unit bagi Januari hingga September 2026.
Visual Proton S70 di Sepang International Circuit menampilkan pencapaian jualan YTD 2026 sebanyak 20,709 unit.

Rebate Proton S70 November 2026 merangkumi cash rebate, November Bonus dan Trade-In Rebate bagi S70 MC1. Bagi S70 MC2, tawaran pula termasuk Early-Bird Reward dan Pro-Trade-In.

Setiap tawaran mempunyai nilai dan syarat yang berbeza. Oleh itu, semak kelayakan sebelum mengira jumlah penjimatan.

Cash Rebate Proton S70

Cash rebate ialah rebat tunai untuk kesemua varian Proton S70.

Bagi S70 MC1 Premium, Flagship dan Flagship X, anda layak menerima cash rebate RM7,000 mengikut jadual Promosi Proton S70 November 2026.

Sementara itu, S70 MC2 Lite dan Prime ditawarkan Early-Bird Reward RM3,000.

November Bonus RM2,000

Bagi S70 MC1 Premium, Flagship dan Flagship X, November Bonus ialah RM2,000.

Menjadikan jumlah rebat dan bonus ialah RM9,000, sebelum Trade-In Rebate.

Trade-In Rebate Proton S70

Poster Trade In Proton S70 dengan sedan hitam, mesej “New Car, New You” dan ajakan “Trade-In With Us Now!”
Visual trade-in Proton S70 yang mengetengahkan pilihan tukar beli kenderaan melalui mesej “Trade-In With Us Now!”.

Trade-In Rebate ialah manfaat khas untuk pembeli yang layak menukar kereta lama.

Bagi S70 MC1, Trade-In Rebate adalah sehingga RM1,000 untuk varian yang layak.

Untuk S70 MC2 Lite dan Prime, kempen Pro-Trade-In pula Trade-In Rebate sehingga RM2,000.

Jumlah ini tidak termasuk dengan nilai kereta lama selepas dinilai.

Jadual Jumlah Penjimatan Mengikut Varian

VarianCash Rebate / Early BirdNovember BonusTrade-In RebatePotensi Jumlah
LiteRM3,000—Hingga RM2,000Hingga RM5,000*
PrimeRM3,000—Hingga RM2,000Hingga RM5,000*
PremiumRM7,000RM2,000Hingga RM1,000Hingga RM10,000*
FlagshipRM7,000RM2,000Hingga RM1,000Hingga RM10,000*
Flagship XRM7,000RM2,000Hingga RM1,000Hingga RM10,000*

Nota: Semua rebat dan bonus bergantung pada syarat serta tempoh promosi. Hubungi Sale Advisor kami untuk pengesahan.

Promosi Proton S70 November 2026 untuk S70 MC2

Proton S70 Prime MC2 berwarna biru dari sudut tiga suku hadapan dengan gril hitam, lampu utama dan rim aloi.
Proton S70 Prime MC2 dipaparkan dalam warna biru dari sudut tiga suku hadapan dengan reka bentuk exterior S70 yang jelas.

Proton S70 MC2 Lite dan Prime menggunakan enjin 1.5L i-GT tanpa turbo dengan transmisi CVT.

Kedua-dua varian mempunyai harga permulaan lebih rendah berbanding S70 MC1 turbo. Oleh itu, Lite dan Prime sesuai dipertimbangkan oleh pembeli yang mengutamakan bajet dan pemanduan harian.

Proton S70 Lite – Harga dan Rebat

Proton S70 MC2 Lite warna Silver dari pandangan tiga suku hadapan dengan gril hitam, lampu utama dan rim aloi.
Proton S70 MC2 Lite dalam warna Silver, dipaparkan dari sudut tiga suku hadapan untuk melihat reka bentuk exterior dengan lebih jelas.

RM59,800

Harga OTR Semenanjung Malaysia, sebelum rebat, tanpa insurans.

Early-Bird Reward RM3,000*

Selepas rebat, harga Proton S70 Lite ialah RM56,800 di Semenanjung Malaysia.

S70 Lite ialah varian permulaan dengan ciri keselamatan terkini untuk pemanduan harian.

Antara cirinya ialah enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert dan Rear Collision Warning.

Selain itu, Lite dilengkapi Wireless Apple CarPlay dan Android Auto, kamera undur, sensor parkir belakang serta skrin IHU bersaiz 8 inci.

Bagi pembeli yang menyemak Harga Proton S70 2026, Lite boleh menjadi pilihan jika bajet menjadi keutamaan.

Proton S70 Prime – Harga dan Rebat

Proton S70 MC2 Prime warna Silver dari pandangan tiga suku hadapan dengan gril hitam, lampu utama dan rim aloi.
Proton S70 MC2 Prime dalam warna Silver, dipaparkan dari sudut tiga suku hadapan untuk melihat reka bentuk exterior dengan lebih jelas.

RM62,800

Harga OTR Semenanjung Malaysia, sebelum rebat, tanpa insurans.

Early-Bird Reward RM3,000*

Selepas rebat, harga Proton S70 Prime ialah RM59,800 di Semenanjung Malaysia.

Berbanding Lite, Prime mempunyai beberapa ciri tambahan. Antaranya ialah lampu utama LED, lampu automatik, cermin sisi lipat automatik, rim aloi 17 inci dan tempat duduk leatherette.

Prime turut dilengkapi penyaman udara automatik dan sensor parkir hadapan.

Perbezaan harga Lite dan Prime ialah RM3,000 sebelum rebat. Oleh itu, semak ciri setiap varian sebelum memilih model yang sesuai dengan bajet anda.

Potensi Trade-In Sehingga RM2,000

Poster pengumuman pakej Proton S70 Lite dan Prime menunjukkan tawaran Pro-Trade-In RM2,000 dan tarikh akhir 31 Disember 2026.
Program Proton S70 Lite dan Prime Pro-Trade-In memaparkan sokongan overtrade sehingga RM2,000 bagi kenderaan yang didaftarkan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2026.

Bagi Proton S70 MC2 Lite dan Prime, pembeli yang layak boleh mendapat Pro-Trade-In Overtrade Support hingga RM2,000.

Jika manfaat ini boleh digabungkan dengan Early-Bird Reward RM3,000, Jumlah sebenar bergantung pada syarat promosi dan kelayakan pembeli.

Untuk semak harga, pilihan warna dan syarat Early-Bird Reward, rujuk pengumuman pelancaran PROTON S70 Lite dan Prime.

Untuk info lanjut tentang ciri dan pilihan model, lihat halaman Proton S70 MC2.

Promosi Proton S70 November 2026 untuk S70 MC1

Bahagian belakang Proton S70 2026 dengan LED Rear Tail Light Bar merah menyala dalam suasana gelap.
Proton S70 2026 menampilkan LED Rear Tail Light Bar yang menyerlahkan identiti reka bentuk belakang sedan.

Proton S70 MC1 menggunakan enjin 1.5TD i-GT Turbo dengan Dual Clutch Transmission (DCT) tujuh kelajuan.

Bagi Promosi Proton S70 November 2026, varian utama ialah Premium, Flagship dan Flagship X. Varian Executive pula tidak lagi dikeluarkan.

Proton S70 Premium – Rebat dan November Bonus

Proton S70 MC1 Premium warna perak tampak sisi penuh dengan reka bentuk sedan moden dan rim aloi premium
Paparan sisi Proton S70 MC1 Premium menampilkan siluet aerodinamik, garisan badan kemas dan gaya sedan premium moden.

RM79,800

Harga OTR Semenanjung Malaysia, sebelum rebat.

Potensi Penjimatan Hingga RM10,000*

Proton S70 Premium menawarkan cash rebate RM7,000 dan November Bonus RM2,000. Pembeli yang layak juga boleh mendapat tambahan Trade-In Rebate hingga RM1,000.

Dari segi ciri, Premium dilengkapi lampu utama LED, sensor parkir hadapan, kamera undur, cermin sisi lipat automatik dan penyaman udara automatik.

Selain itu, varian ini diengkapi tempat duduk dan stereng leatherette.

Harga selepas cash rebate sahaja ialah RM72,800.

Proton S70 Flagship – Rebat dan November Bonus

Proton S70 MC1 Flagship 2026 warna silver paparan sisi penuh dengan rim aloi sport dan rekaan sedan premium moden
Paparan sisi Proton S70 MC1 Flagship 2026 menampilkan rekaan aerodinamik, rim aloi sport dan gaya sedan eksekutif moden.

RM89,800

Harga OTR Semenanjung Malaysia, sebelum rebat.

Potensi Penjimatan Hingga RM10,000*

Proton S70 Flagship menawarkan cash rebate RM7,000 dan November Bonus RM2,000. Trade-In Rebate hingga RM1,000 pula untuk pembeli yang layak.

Berbanding Premium, Flagship ditambah lagi beberapa ciri terkini.

Antaranya ialah ADAS Level 2, skrin 12.3 inci, paparan meter 10.3 inci, Voice Command, Wireless Apple CarPlay dan Android Auto dan kamera 360 HD dengan paparan 3D.

Harga selepas cash rebate sahaja ialah RM82,800.

Proton S70 Flagship X – Rebat dan November Bonus

Proton S70 MC1 Flagship X 2026 warna perak paparan sisi penuh dengan spoiler belakang dan rim aloi sport premium
Paparan sisi Proton S70 MC1 Flagship X 2026 menampilkan rekaan aerodinamik moden lengkap dengan spoiler belakang dan rim aloi dua tona sporty.

RM94,800

Harga OTR Semenanjung Malaysia, sebelum rebat.

Potensi Penjimatan Hingga RM10,000*

Proton S70 Flagship X ialah varian paling tinggi dalam S70 MC1.

Berbanding Flagship, varian Flagship X ditambah sunroof, kemasan dalaman hitam, aerokit dan Front DVR.

Bagi Promosi Proton S70 Terkini, Flagship X menawarkan cash rebate RM7,000 dan November Bonus RM2,000. Trade-In Rebate sehingga RM1,000 pula untuk pembeli yang layak.

Harga selepas cash rebate sahaja ialah RM87,800.

Jika anda mahukan sedan turbo dengan gaya lebih sporty, Flagship X boleh menjadi pilihan.

Status Proton S70 Executive

Proton S70 MC1 Executive warna silver tampak sisi (side profile) dengan reka bentuk sedan moden dan rim aloi elegan
Paparan sisi Proton S70 MC1 Executive menonjolkan rekaan aerodinamik, garisan badan kemas dan gaya sedan premium moden.

Untuk info terkini, Proton S70 Executive tidak lagi dikeluarkan.

Walaupun masih ada dalam jadual harga Proton S70 November 2026, varian ini bukan lagi pilihan untuk booking baharu.

Untuk semak varian dan info model, lihat halaman Proton S70 MC1.

Step Up Financing Proton S70 – Pilihan Pembiayaan

Perbandingan Proton Step Up Financing Public Bank dan Bank Muamalat untuk Saga, S70 dan X50, dari RM188 sebulan
Pembiayaan Step Up Proton ini membandingkan kadar permulaan Public Bank dan Bank Muamalat untuk Saga, S70 dan X50. Public Bank memaparkan kadar dari RM188, RM368 dan RM488 sebulan, manakala Bank Muamalat dari RM355, RM604 dan RM788; terma dan syarat dikenakan.

Selain Promosi Proton S70 Terkini, pembeli juga boleh semak pelan loan yang sesuai dengan bajet bulanan.

Salah satu pilihan ialah Proton Step Up Financing, iaitu pelan dengan ansuran awal yang lebih rendah. Bayaran bulanan kemudian berubah mengikut tahap yang ditetapkan oleh bank.

Bagaimana Step Up Financing Berfungsi?

Proton Step Up Financing membahagikan tempoh loan kepada beberapa tahap bayaran atau tier.

Sebagai contoh, pelan sembilan tahun boleh mempunyai empat tahap ansuran. Bayaran pada tahun awal lebih rendah sebelum berubah mengikut jadual bank.

Oleh itu, semak jadual bayaran penuh sebelum memilih pelan. Jangan hanya melihat ansuran awal.

Contoh Ansuran Proton S70

Berdasarkan poster loan yang diberi, contoh ansuran awal adalah seperti berikut:

Bank / ProgramAnsuran Awal Diiklankan
Public Bank Step UpDari RM368/sebulan*
Bank Muamalat Step UpDari RM604/sebulan*

Nota: Angka ini ialah contoh ansuran awal bagi pakej tertentu, bukan bayaran tetap sepanjang tempoh loan.

Jumlah sebenar bergantung pada varian, deposit, jumlah loan, tempoh bayaran, kadar bank dan kelulusan permohonan.

Pilihan Loan Mengikut Varian

Untuk semak pelan Step Up Financing bagi Proton S70, rujuk panduan berikut:

Nota: Gabungan Step Up Financing dengan Rebate Proton S70 November 2026 bergantung pada syarat bank dan tawaran semasa. Semak kelayakan sebelum membuat booking.

Spesifikasi dan Kelebihan Proton S70

Poster spesifikasi Proton S70 2026 membandingkan Executive, Premium, Flagship dan Flagship X bersama gambar dua sedan.
Perbandingan spesifikasi Proton S70 2026 bagi varian Executive, Premium, Flagship dan Flagship X, merangkumi ciri keselamatan, teknologi serta kelengkapan tambahan.

Sebelum memilih varian, semak Proton S70 MC1 dan MC2 dari segi enjin, transmisi, keselamatan dan teknologi.

Perbandingan ini memudahkan pembeli memilih varian mengikut kegunaan harian.

Prestasi Enjin dan Transmisi

Proton S70 MC2 dengan enjin i-GT 1.5 naturally aspirated, kuasa 120 PS, tork 150 Nm dan CVT dengan torque converter.
Enjin i-GT 1.5 naturally aspirated Proton S70 menghasilkan 120 PS dan 150 Nm serta dipadankan dengan CVT menggunakan torque converter.
Enjin Proton S70 MC1 1.5 i-GT Turbo dengan 133 kW, 290 Nm dan penggunaan 5.7L/100 km
Enjin 1.5 i-GT Turbo Proton S70 MC1 menghasilkan 133 kW dan 290 Nm tork untuk pemanduan lebih responsif.
SpesifikasiS70 MC1 TurboS70 MC2 Lite & Prime
Enjin1.5TD i-GT Turbo1.5L i-GT Naturally Aspirated
Kuasa maksimum133 kW / 181 PS120 PS
Tork maksimum290 Nm150 Nm
TransmisiDCT 7 kelajuanCVT

Proton S70 MC1 menggunakan enjin turbo yang lebih fokus pada prestasi. Sementara itu, S70 MC2 Lite dan Prime menggunakan enjin tanpa turbo dengan CVT untuk kegunaan harian.

Penggunaan Bahan Api

Proton S70 2026 dipandu di laluan selekoh dengan kapasiti tangki minyak 50L dan penggunaan bahan api 5.7L per 100km
Proton S70 2026 menampilkan kapasiti tangki minyak 50L dan penggunaan bahan api 5.7L/100km untuk pemanduan lebih jauh.

Bahan Promosi Proton S70 Terkini bagi varian turbo menyatakan penggunaan bahan api 5.7 L/100 km dengan tangki 50 liter.

Namun, penggunaan sebenar mungkin berbeza mengikut keadaan jalan, trafik, cara pemanduan dan muatan.

Ciri Keselamatan Proton S70

Proton S70 2026 dengan 13 ciri Advanced Driver Assistance System untuk membantu pemanduan lebih selamat
Proton S70 2026 dilengkapi 13 ciri Advanced Driver Assistance System atau ADAS untuk membantu pemandu lebih peka di jalan raya.

Proton S70 mempunyai ciri keselamatan yang berbeza bagi setiap varian dari Lite hingga Flagship X.

S70 Lite dilengkapi Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert dan Rear Collision Warning.

Bagi S70 MC1 Flagship, ciri tambahan termasuk ADAS Level 2 dan kamera 360 HD dengan paparan 3D.

Oleh itu, semak ciri bagi setiap varian sebelum memilih. Tidak semua varian mempunyai ciri yang sama.

Infotainment dan Teknologi

Skrin infotainment Proton S70 2026 memaparkan aplikasi telefon pintar pada poster Wireless Apple CarPlay dan Android Auto.
Proton S70 2026 mengetengahkan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto sebagai ciri sambungan telefon pintar melalui sistem infotainment.

Pilihan infotainment Proton S70 berbeza bagi setiap varian.

S70 Lite dan Prime mempunyai skrin 8 inci dengan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto.

Sementara itu, S70 Flagship dilengkapi skrin 12.3 inci dan paparan meter 10.3 inci.

Perbezaan ini memudahkan pembeli memilih ciri teknologi yang sesuai untuk kegunaan harian.

Reka Bentuk Luaran dan Dalaman

Poster Proton S70 2026 menonjolkan aerokit baharu dan spoiler belakang dengan sedan gelap berlatar cahaya merah.
Proton S70 2026 mengetengahkan aerokit baharu dan spoiler belakang yang menyerlahkan reka bentuk luaran sporty.

Proton S70 tampil dengan reka bentuk sedan moden serta pilihan lampu dan rim yang berbeza bagi setiap varian.

Bagi S70 MC2, Lite menggunakan rim 16 inci. Prime pula dilengkapi rim 17 inci dan lampu utama LED.

Untuk S70 MC1 Flagship X, ciri tambahan termasuk aerokit, sunroof dan kemasan dalaman hitam. Ciri ini memberi gaya yang lebih sporty.

Ruang Kabin, But dan Keselesaan

Ruang dalaman hitam Proton S70 Flagship X 2026 dengan tempat duduk, papan pemuka dan skrin infotainment.
Proton S70 Flagship X 2026 menampilkan kemasan Full Black Interior yang menyerlahkan reka bentuk ruang kabin, tempat duduk dan papan pemuka.

Proton S70 ialah sedan empat pintu yang sesuai untuk kegunaan harian dan keluarga.

Pilihan tempat duduk fabrik atau leatherette, penyaman udara automatik dan sensor parkir berbeza mengikut varian.

Jika anda kerap membawa keluarga atau barang, semak ruang tempat duduk belakang dan ruang but ketika melawat bilik pameran.

Pilihan Warna Proton S70

Lima pilihan warna Proton S70: Quartz Black, Space Grey, Snow White, Marine Blue dan Armour Silver.
Pilihan warna Proton S70 2026 merangkumi lima warna yang dipaparkan dalam poster. Ketersediaan setiap warna perlu disahkan mengikut varian dan stok.

Berdasarkan bahan pilihan warna, Proton S70 tersedia dalam lima warna:

Quartz Black, Space Grey, Snow White, Marine Blue dan Armour Silver.

Pilihan warna mungkin berbeza bagi setiap varian dan stok. Oleh itu, semak warna yang ada sebelum membuat booking.

Perbandingan Promosi Proton S70 Oktober dan November 2026

Dua poster Proton S70 membandingkan October Bonus dan Year-End Bonus, masing-masing dengan penjimatan hingga RM10,000.
Perbandingan tawaran Proton S70 dengan October Bonus dan Year-End Bonus. Kedua-dua poster memaparkan potensi penjimatan sehingga RM10,000, tertakluk kepada syarat promosi.

Adakah Promosi Proton S70 November 2026 lebih menarik daripada Oktober?

Berdasarkan info yang ada, potensi penjimatan tertinggi S70 MC1 dan MC2 masih sama bagi kedua-dua bulan.

Namun, ada perbezaan pada nama bonus, tempoh promosi dan status varian Executive. Jadi, semak jadual berikut sebelum memilih.

PerkaraOktober 2026November 2026
S70 MC1 Cash RebateHingga RM7,000RM7,000 bagi Premium, Flagship dan Flagship X
Bonus tambahan MC1Bonus Oktober hingga RM2,000November Bonus RM2,000
Trade-In Rebate MC1Hingga RM1,000Hingga RM1,000
Potensi penjimatan MC1Hingga RM10,000Hingga RM10,000
Early-Bird Reward MC2RM3,000RM3,000
Pro-Trade-In MC2Hingga RM2,000Hingga RM2,000
Potensi penjimatan MC2Hingga RM5,000*Hingga RM5,000*
Status ExecutiveTersenarai dalam rujukan OktoberPengeluaran dihentikan menurut maklumat terkini
Kempen bulananOktober 20261–30 November 2026

Nota: Penjimatan hingga RM5,000 bagi S70 MC2 bergantung pada kelayakan dan semakan manfaat yang boleh digabungkan. Perbandingan ini tidak bermaksud semua syarat promosi Oktober dan November adalah sama.

Untuk melihat tawaran bulan lalu, rujuk Promosi Proton S70 Oktober 2026.

Artikel Oktober turut menyenaraikan cash rebate hingga RM7,000, Trade-In Rebate hingga RM1,000 dan Bonus Oktober hingga RM2,000.

Secara umum, info yang ada belum menunjukkan bahawa November menawarkan jumlah penjimatan lebih tinggi.

Bagi pembeli yang menyemak Promosi Proton S70 Terkini, semak dahulu kelayakan rebat, syarat promosi dan stok varian yang masih boleh ditempah.

Trade-In Kereta Lama untuk Membeli Proton S70

Proton X70, S70 dan X50 dalam kempen Trade In Trade Up dengan ganjaran sehingga RM2,000
Kempen Trade In Trade Up menawarkan ganjaran sehingga RM2,000 untuk menaik taraf kenderaan melalui Year-End Drive Festa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Program Trade-In Proton S70 membolehkan pembeli menukar kereta lama sebelum membeli Proton S70 baharu. Nilai kereta lama akan ditentukan selepas semakan.

Namun, nilai trade-in dan Trade-In Rebate ialah dua perkara yang berbeza.

Nilai trade-in ialah harga kereta lama selepas dinilai. Jumlah ini bergantung pada usia, keadaan kereta, jarak perjalanan, rekod servis dan permintaan pasaran.

Trade-In Rebate pula ialah manfaat tambahan daripada kempen jualan untuk pembeli yang layak.

Bagi Proton S70 Premium, Trade-In Rebate boleh mencapai RM1,000. Sementara itu, S70 Lite dan Prime mempunyai tawaran Pro-Trade-In Overtrade Support hingga RM2,000.

Cara Membuat Trade-In

  1. Berikan info kereta lama kepada Sales Advisor kami.
  2. Aturkan semakan untuk mengetahui keadaan dan nilai kereta.
  3. Semak baki loan jika kereta masih mempunyai hutang.
  4. Bandingkan nilai trade-in dengan baki penyelesaian loan.
  5. Sahkan tawaran dan manfaat trade-in yang layak diterima.

Untuk info lanjut tentang kereta terpakai Proton, layari Proton Used Car.

Sebelum membeli, semak Rebate Proton S70 November 2026 yang berkaitan dengan trade-in. Langkah ini memudahkan anda melihat jumlah penjimatan sebenar sebelum menandatangani dokumen pembelian.

Cara Membeli Proton S70 November 2026

Poster Proton S70 perak dengan angka 5,367 unit terjual pada Oktober 2026 dan tajuk sedan segmen C paling laris.
Jualan Proton S70 Oktober 2026 mencatatkan 5,367 unit berdasarkan angka yang dipaparkan dalam bahan pemasaran Proton.

Proses membeli Proton S70 lebih mudah apabila anda sudah tahu varian, harga dan rebat yang layak diterima.

Ikuti enam langkah berikut sebelum membuat booking.

  1. Pilih Varian Proton S70
    Bandingkan Lite, Prime, Premium, Flagship dan Flagship X. Pilih varian mengikut bajet, spesifikasi dan ciri yang anda perlukan.
  2. Semak Harga dan Promosi Proton S70 Terkini
    Pastikan harga OTR, cash rebate, November Bonus dan Trade-In Rebate dinyatakan dengan jelas. Semak juga syarat setiap tawaran.
  3. Minta Quotation Lengkap
    Minta quotation yang menunjukkan anggaran insurans, deposit, jumlah loan dan harga selepas Rebate Proton S70 November 2026.
  4. Semak Kelayakan Loan
    Bandingkan ansuran biasa dengan Step Up Financing. Semak jadual bayaran penuh dan syarat bank sebelum memilih pelan.
  5. Semak Stok dan Tarikh Pendaftaran
    Semak varian, warna dan stok yang ada. Pastikan tarikh pendaftaran ikut tempoh Promosi Proton S70 Terkini.
  6. Buat Booking Melalui Saluran Rasmi
    Semak dokumen booking, jumlah bayaran dan pihak yang menerima bayaran sebelum membuat pembayaran.

Sebelum booking, minta Sales Advisor semak semula Harga Proton S70 November 2026 selepas rebat dan bonus yang layak diambil kira.

FAQ Promosi Proton S70 November 2026

1. Berapakah harga Proton S70 November 2026?

Harga Proton S70 November 2026 di Semenanjung Malaysia bermula pada RM59,800 untuk Lite dan RM62,800 untuk Prime. Harga S70 MC1 Premium ialah RM79,800, Flagship RM89,800 dan Flagship X RM94,800.
Semua harga ini ialah OTR tanpa insurans dan belum ditolak rebat.

2. Berapakah Rebate Proton S70 November 2026?

Rebate Proton S70 November 2026 bagi Lite dan Prime ialah Early-Bird Reward RM3,000.
Bagi Premium, Flagship dan Flagship X, tawaran termasuk cash rebate RM7,000 dan November Bonus RM2,000 mengikut info kempen.

3. Berapakah jumlah penjimatan Proton S70 Premium?

S70 Premium menawarkan potensi penjimatan hingga RM10,000. Jumlah ini termasuk cash rebate RM7,000, November Bonus RM2,000 dan Trade-In Rebate hingga RM1,000.
Semua manfaat bergantung pada kelayakan pembeli.

4. Adakah S70 Lite dan Prime mendapat Trade-In Rebate?

S70 Lite dan Prime mempunyai tawaran Pro-Trade-In Overtrade Support hingga RM2,000 untuk pembeli yang layak.
Namun, sama ada manfaat ini boleh digabungkan dengan Early-Bird Reward RM3,000 perlu disemak mengikut syarat promosi.

5. Adakah Proton S70 Executive masih dijual?

Berdasarkan info status terkini yang diberi, Proton S70 Executive tidak lagi dikeluarkan.
Jika masih ada unit daripada stok lama, semak stok dengan pihak jualan.

6. Apakah beza Proton S70 MC1 dan MC2?

S70 MC1 menggunakan enjin 1.5L turbo dengan DCT tujuh kelajuan.
Sementara itu, S70 MC2 Lite dan Prime menggunakan enjin 1.5L tanpa turbo dengan CVT.

7. Bagaimanakah Step Up Financing Proton S70 berfungsi?

Proton Step Up Financing menggunakan bayaran bulanan mengikut tahap. Ansuran bermula lebih rendah dan berubah mengikut jadual bank.
Semak keseluruhan jadual bayaran sebelum membuat permohonan.

8. Bolehkah saya trade-in kereta lama untuk membeli Proton S70?

Ya. Anda boleh semak nilai kereta lama sebelum membeli Proton S70 baharu.
Manfaat trade-in tambahan bergantung pada nilai kereta, syarat dan kelayakan promosi.

FAQ Semakan Kelayakan & Booking untuk Promosi Proton S70 November 2026

9. Bagaimanakah cara semak kelayakan loan Proton S70?

Hubungi Sales Advisor kami untuk mendapatkan quotation dan senarai dokumen yang diperlukan.
Jumlah loan dan kelulusan bergantung pada semakan pihak bank.

10. Bagaimanakah cara membuat booking Proton S70 secara online?

Pilih varian dan warna Proton S70. Kemudian, hubungi Sales Advisor kami untuk mendapatkan quotation.

Semak Harga dan Rebate Proton S70 November 2026 Melalui WhatsApp

Proton S70 RS berwarna putih dilihat dari sudut belakang sisi, dengan rim gelap dan aksen merah dalam latar studio.
Penampilan Proton S70 RS dalam visual bertemakan Malaysia’s Sporty Sedan, dengan kemasan luaran yang menonjolkan identiti sporty.

Promosi Proton S70 November 2026 memudahkan pembeli memilih varian mengikut bajet, kegunaan dan ciri pilihan.

S70 Lite dan Prime menawarkan rebat pelancaran RM3,000 serta peluang mendapat manfaat trade-in tambahan. Sementara itu, Premium, Flagship dan Flagship X menawarkan potensi penjimatan hingga RM10,000 untuk pembeli yang layak.

Sebelum memilih, semak Harga Proton S70 2026, jumlah rebat sebenar, ciri keselamatan dan pilihan loan.

Untuk info Promosi Proton S70 Terkini, hubungi Sales Advisor kami melalui WhatsApp. Anda boleh semak stok, minta quotation dan lihat anggaran ansuran bulanan.

Nazri Hadi

Nazri Hadi merupakan perunding jualan Proton dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri automotif Malaysia. Beliau telah membantu lebih 1,200 pelanggan memilih model Proton yang sesuai mengikut keperluan dan bajet, serta komited memberikan khidmat konsultasi yang profesional, mesra dan mudah difahami berkaitan harga, promosi, bayaran bulanan dan tempahan kereta Proton.

Leave a Reply