Promosi Proton Saga Ogos 2026
Promosi Proton Saga Ogos 2026 menawarkan jumlah jimat hingga RM800 untuk pembelian Proton Saga MC3. Melalui Promosi Proton Saga MC3 Ogos 2026, pembeli boleh menikmati Rebat Proton Saga Ogos 2026 berupa rebat tunai RM500 dan rebat tukar beli hingga RM300. Semak juga Harga Proton Saga Ogos 2026 serta syarat Promosi Proton Saga Merdeka 2026 sebelum membuat tempahan.
Tawaran ini bermula pada 1 Ogos dan tamat pada 31 Ogos 2026. Rebat tunai RM500 ditawarkan untuk varian Standard, Executive dan Premium. Harga Saga MC3 pula bermula daripada RM38,990 di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans.
Promosi ini ialah sebahagian daripada Kempen Gemilang PROTON. Namun, jumlah rebat mungkin berbeza mengikut model, stok dan syarat yang ditetapkan.
Nota penting: Jumlah RM800 ialah nilai paling tinggi. Pembeli yang tidak membuat trade in hanya menerima rebat tunai RM500. Semua tawaran tertakluk pada syarat, stok dan tempoh daftar.
Ringkasan Promosi Proton Saga Ogos 2026

Jadual di bawah menunjukkan info utama daripada poster dan memo promosi:
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Model | All-New Proton Saga MC3 |
| Tempoh promosi | 1–31 Ogos 2026 |
| Jumlah jimat paling tinggi | RM800 |
| Rebat tunai | RM500 |
| Rebat tukar beli | Hingga RM300 |
| Varian | 1.5 Standard, 1.5 Executive dan 1.5 Premium |
| Harga bermula | RM38,990 |
| Syarat | Tertakluk pada stok dan kelulusan |
Semua varian yang disenaraikan menerima rebat tunai RM500. Rebat tukar beli pula hanya diberi kepada pembeli yang layak.
Anda boleh merujuk promosi rasmi PROTON untuk melihat kempen semasa.
Rebat Proton Saga Ogos 2026
Rebat Proton Saga Ogos 2026 dibahagi kepada dua jenis. Pertama ialah rebat tunai. Kedua ialah rebat trade in.
| Jenis rebat | Jumlah | Siapa yang layak |
|---|---|---|
| Rebat tunai | RM500 | Pembeli varian yang disenaraikan |
| Rebat trade in | Hingga RM300 | Pembeli yang menyerahkan kereta lama |
| Jumlah paling tinggi | RM800 | Pembeli yang layak menerima kedua-duanya |
Rebat tunai RM500
Memo rasmi Proton Malaysia menyatakan rebat tunai RM500 adalah untuk:
- Saga 1.5 Standard
- Saga 1.5 Executive
- Saga 1.5 Premium
Semasa anda buat booking, pastikan rebat RM500 ditulis dengan jelas dalam sebut harga. Langkah ini dapat mengelakkan salah faham tentang harga akhir.
Rebat trade in hingga RM300
Rebat trade in diberi kepada pelanggan yang menyerahkan kereta lama melalui proses trade in.
Jumlah RM300 ini bukan nilai kereta lama. Ia ialah rebat tambahan yang diberi jika kereta lama anda memenuhi syarat.
Nilai kereta lama pula ditentukan selepas pemeriksaan. Umur kereta, keadaan, jarak perjalanan dan rekod servis boleh mempengaruhi nilai tersebut.
Oleh itu anda perlu hantar gambar geran kereta yang anda cadang untuk trade in kepada Sale Advisor kami untuk dapatkan anggaran harga trade in terlebih dahulu
Harga Proton Saga Ogos 2026

Berikut ialah Harga Proton Saga Ogos 2026 seperti yang dinyatakan dalam memo rasmi Proton. Semua harga yang dipaparkan ialah harga atas jalan tanpa insurans.
| Varian Saga MC3 | Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak | Rebat tunai |
|---|---|---|---|
| 1.5 Standard | RM38,990 | RM40,990 | RM500 |
| 1.5 Executive | RM44,990 | RM46,990 | RM500 |
| 1.5 Premium | RM49,990 | RM51,990 | RM500 |
Bagi setiap varian, harga di Sabah dan Sarawak adalah RM2,000 lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia.
Jumlah akhir mungkin berubah selepas kos insurans, aksesori dan bayaran lain dimasukkan. Oleh itu, minta sebut harga penuh dari Sale Advisor kami sebelum membuat tempahan.
Untuj info lanjut, anda boleh melihat halaman Proton Saga MC3.
Saga 1.5 Standard

Saga Standard ialah varian dengan harga paling rendah. Ia sesuai untuk pembeli yang mahu sebuah sedan asas untuk kegunaan harian.
Varian ini juga sesuai untuk pembeli kereta pertama yang mahukan jumlah ansuran bulanan yang paling rendah.
Saga 1.5 Executive

Saga Executive berada di antara Standard dan Premium. Ia sesuai untuk pembeli yang mahu lebih banyak ciri tanpa memilih varian paling mahal.
Jika anda ingin membandingkan antara varian Saga Standard dan Saga Executive. Anda boleh rujuk halaman ini untuk semak perbandingan ciri dan juga harga : Perbandingan Saga MC3 Standard vs Executive
Saga 1.5 Premium

Saga Premium ialah varian paling tinggi. Ia sesuai untuk pembeli yang mahu lebih banyak ciri keselamatan, keselesaan dan teknologi.
Jika anda masih ragu dan ingin membuat perbandingan antara varian Saga Executive dan Saga Premium. Anda boleh rujuk pada halaman ini : Perbezaan Saga MC3 Executive dan Premium
Promosi Proton Saga Merdeka 2026

Promosi Proton Saga Merdeka 2026 berlangsung sepanjang Ogos melalui Kempen Gemilang PROTON.
Tawaran Promosi Proton Saga Merdeka 2026 khas sempena bulan Ogos ini meliputi:
- Rebat tunai RM500
- Rebat tukar beli hingga RM300
- Jumlah jimat hingga RM800
Anda turut boleh melihat tawaran model Proton lain melalui artikel Promosi Proton Ogos 2026 Terkini.
Selain daripada itu, anda juga boleh melihat Promosi Proton Saga Julai 2026 untuk membandingkan tawaran bulan lalu.
Ciri Utama Proton Saga MC3

Proton Saga MC3 hadir dengan reka bentuk, enjin dan teknologi yang lebih baharu.
Menurut halaman rasmi PROTON, Saga menggunakan enjin 1.5 i-GT. Enjin ini menghasilkan kuasa 120 PS dan tork 150 Nm.
PROTON turut memberi waranti lima tahun atau 150,000 km. Syarat waranti boleh berubah mengikut pakej dan terma yang ditetapkan.
Enjin dan pemanduan
Antara ciri utama yang dipaparkan ialah:
- Enjin 1.5 i-GT
- Kuasa 120 PS
- Tork 150 Nm
- Electric Power Steering
- PROTON Ride and Handling
- Sistem timing chain
Ciri ini sesuai untuk perjalanan harian di bandar dan lebuh raya. Namun, penggunaan minyak sebenar bergantung pada cara pemanduan dan keadaan jalan.
Ciri keselamatan

Antara ciri keselamatan yang ditawarkan mengikut varian ialah:
- Autonomous Emergency Braking
- Forward Collision Warning
- Lane Departure Warning
- Lane Change Assist
- Rear Cross Traffic Alert
- Door Opening Warning
- Enam beg udara
- Sensor parkir hadapan dan belakang
Ciri keselamatan yang dinyatakan diatas hanya ada pada varian Saga Premium sahaja. Oleh itu, anda perlu semak senarai ciri setiap varian sebelum membuat tempahan.
Proton Saga yang diuji oleh ASEAN NCAP menerima penarafan keselamatan empat bintang. Anda boleh melihat keputusan ujian Proton Saga oleh ASEAN NCAP.
Ciri teknologi dan keselesaan


Ciri yang ditawarkan mengikut varian Saga MC3 termasuk:
- Wireless Apple CarPlay dan Android Auto
- Skrin berkembar 16 inci
- Kamera undur
- Push Start Button
- Tiga port USB
- Cermin sisi lipat automatik
- Lampu utama LED
- Tempat duduk leatherette dua tona
Semak spesifikasi rasmi All-New Proton Saga untuk melihat ciri bagi setiap varian.
Adakah Promosi Saga MC3 Ogos 2026 Berbaloi?

Promosi Proton Saga MC3 Ogos 2026 sesuai untuk anda yang memang mahukan kereta dalam masa terdekat.
Rebat tunai RM500 dapat meringankan sedikit kos awalan. Jika anda yang mempunyai kereta lama untuk di trade in, anda pula boleh mendapat rebat tambahan hingga RM300.
Kami turut nasihatkan untuk anda semak juga harga, ciri, ansuran dan jumlah pinjaman. Ini adalah antara seolan yang seharusnya anda tanya pada Sale Advisor kami
| Perkara | Soalan yang perlu ditanya |
|---|---|
| Varian | Adakah saya perlukan semua ciri tambahan? |
| Harga | Adakah harga ini termasuk insurans? |
| Rebat | Adakah rebat RM500 sudah ditolak? |
| Tukar beli | Berapakah nilai kereta lama saya? |
| Pinjaman | Berapakah kadar dan jumlah bayaran penuh? |
| Stok | Adakah warna pilihan saya masih ada? |
Sesuai untuk pembeli kereta pertama
Saga MC3 sesuai untuk pembeli yang mahu sedan pada harga lebih rendah. Harga Standard bermula di bawah RM40,000 tanpa insurans.
Walaubagaimanapun anda perlu mengambil kira kos bulanan lain. Antaranya ialah petrol, tol, insurans, servis dan ansuran supaya segala kos ini masih lagi dalam budget anda.
Sesuai untuk kegunaan harian
Saga MC3 sesuai untuk pergi kerja, menghantar anak dan urusan harian. Saiznya juga mudah dipandu dan juga parking di bandar.
Tiga pilihan varian memudahkan pembeli memilih mengikut bajet.
Sesuai untuk pembeli tukar beli
Pemilik kereta lama boleh mendapat manfaat daripada rebat tukar beli.
Minta nilai kereta lama dan rebat tambahan ditulis secara berasingan. Ini membantu anda melihat jumlah sebenar yang diterima.
Sesuai untuk pembeli Saga Premium
Pembeli Saga Premium boleh membaca maklumat tentang Ansuran Pertama Saga Premium RM9.90.
Promosi ini masih lagi berjalan sehingga pendaftaran 31 Ogos 2026.
Cara Tempah Promosi Proton Saga Ogos 2026

Ikuti langkah mudah di bawah:
- Pilih varian.
Bandingkan Standard, Executive dan Premium. - Semak stok.
Tanya tentang warna, tahun model dan tarikh daftar. - Minta sebut harga penuh.
Pastikan harga, insurans, rebat dan aksesori ditulis dengan jelas. - Semak rebat tunai.
Pastikan RM500 sudah ditolak daripada harga. - Buat semakan tukar beli.
Langkah ini perlu jika anda mahu mendapat tambahan RM300. - Hantar dokumen.
Sediakan dokumen yang diminta oleh Sale Advisor kami. - Bandingkan pinjaman.
Semak deposit, kadar, tempoh dan ansuran. - Pastikan kereta didaftarkan dalam tempoh promosi.
Tempoh daftar ialah dari 1 hingga 31 Ogos 2026.
Semak Pinjaman Untuk Promosi Proton Saga Ogos 2026

Ansuran bulanan bergantung pada beberapa perkara. Antaranya ialah harga kereta, deposit, kadar pinjaman dan tempoh bayaran.
Anda boleh menggunakan kalkulator rasmi PROTON untuk membuat kiraan awal.
Kalkulator ini membantu anda memasukkan:
- Varian
- Kawasan
- Deposit
- Kadar loan
- Tempoh bayaran
- Insurans
Selain daripada itu, anda juga boleh membaca panduan sewa beli Bank Negara Malaysia.
Seterusnya kami turut nasihatkan anda untuk semak:
- Harga tunai
- Jumlah deposit
- Jumlah pinjaman
- Kadar pinjaman
- Tempoh bayaran
- Ansuran bulanan
- Jumlah bayaran penuh
- Kos insurans
- Caj lain
Apa-apa seolan umum berkenaan Proton Saga MC3, jangan segan silu untuk bertanyakan kepada Sale Advisor kami. Sale Advisor kami akan melayan seolan anda dengan professional
Harga Atas Jalan dan Insurans

Untuk rujukan, semua harga di atas dipaparkan tanpa insurans.
Oleh itu, minta sebut harga yang menunjukkan:
- Harga kereta
- Rebat tunai
- Rebat tukar beli
- Insurans atau takaful
- Road tax
- Fi daftar
- Aksesori tambahan
Anda boleh melihat panduan kadar road tax JPJ untuk info lanjut.
Kelebihan Membeli Semasa Promosi Proton Saga Ogos 2026
| Kelebihan | Manfaat |
|---|---|
| Rebat tunai | Jimat RM500 |
| Rebat tukar beli | Tambahan hingga RM300 |
| Tiga pilihan varian | Mudah pilih ikut bajet |
| Tempoh promosi jelas | Hingga 31 Ogos 2026 |
| Harga bermula | RM38,990 tanpa insurans |
| Model baharu | Enjin dan teknologi lebih baharu |
Jumlah RM800 mungkin tidak terlalu besar berbanding harga kereta. Namun, ia masih dapat membantu mengurangkan kos awal.
Promosi Proton Saga Merdeka 2026 ini lebih berguna bagi pembeli yang sudah bersedia dengan deposit dan dokumen pinjaman.
Soalan Lazim Promosi Proton Saga Ogos 2026
1. Berapakah jumlah Promosi Proton Saga Ogos 2026?
Jumlah paling tinggi ialah RM800. Ia terdiri daripada rebat tunai RM500 dan rebat tukar beli hingga RM300.
2. Adakah semua pembeli mendapat RM800?
Tidak. Pembeli tanpa tukar beli mungkin hanya menerima rebat tunai RM500.
3. Adakah semua varian menerima rebat RM500?
Ya. Memo rasmi menyenaraikan rebat tunai RM500 untuk Standard, Executive dan Premium.
4. Berapakah Harga Proton Saga Ogos 2026?
Harga di Semenanjung bermula daripada RM38,990 untuk Standard. Executive berharga RM44,990, manakala Premium berharga RM49,990. Harga tidak termasuk insurans.
5. Bilakah promosi ini tamat?
Tempoh daftar bermula pada 1 Ogos dan tamat pada 31 Ogos 2026.
6. Adakah Saga menerima Bonus Merdeka RM2,000?
Tidak, hanya model atau varian tertentu sahaja yang layak menerima tambahan Bonus Merdeka RM2,000. Boleh rujuk artikel Promosi Proton Ogos 2026 ini untuk info lanjut
7. Apakah tahap keselamatan Saga MC3?
Proton Saga yang diuji oleh ASEAN NCAP menerima penarafan empat bintang dengan skor 66.70.
8. Adakah harga dalam jadual termasuk insurans?
Tidak. Harga tersebut ialah harga atas jalan tanpa insurans.
9. Bagaimanakah cara mengira ansuran Saga?
Masukkan harga, deposit, kadar pinjaman dan tempoh bayaran. Gunakan kalkulator pinjaman PROTON untuk membuat kiraan awal.
10. Bagaimanakah cara menempah Saga semasa promosi?
Pilih varian, semak stok, minta sebut harga dan hantar dokumen pinjaman. Pastikan kereta didaftarkan sebelum 31 Ogos 2026.
Semak Harga dan Stok Melalui WhatsApp
Mahukan harga terkini berdasarkan varian dan kawasan anda?
Hubungi melalui WhatsApp untuk menyemak:
- Harga Saga Standard, Executive atau Premium
- Rebat tunai RM500
- Rebat tukar beli hingga RM300
- Pilihan warna
- Stok semasa
- Anggaran ansuran
- Dokumen pinjaman
- Cara membuat tempahan
Kesimpulan

Promosi Proton Saga Ogos 2026 menawarkan jumlah jimat hingga RM800. Jumlah ini terdiri daripada rebat tunai RM500 dan rebat tukar beli hingga RM300.
Pembeli yang sedang melihat Promosi Proton Saga MC3 Ogos 2026 perlu membandingkan harga dan ciri setiap varian. Pilih varian yang sesuai dengan bajet dan kegunaan harian.
Rebat Proton Saga Ogos 2026 dapat membantu mengurangkan kos awal. Namun, jumlah penuh RM800 hanya diberi kepada pembeli yang layak menerima rebat tukar beli.
Semak juga Harga Proton Saga Ogos 2026 mengikut kawasan. Harga di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah tidak sama.
Akhir sekali, Promosi Proton Saga Merdeka 2026 tamat pada 31 Ogos 2026. Sahkan harga, stok, rebat dan tarikh daftar sebelum membuat bayaran.


Pingback: Promosi Proton Ogos 2026 Terkini: Rebat Hingga RM13,000 - Proton Malaysia