You are currently viewing Saga Executive vs Premium: Mana Lebih Berbaloi?
Perbandingan Proton Saga MC3 Premium vs Executive untuk membantu anda memahami perbezaan ciri, spesifikasi dan nilai antara kedua-dua varian.

Saga Executive vs Premium: Mana Lebih Berbaloi?

Proton Saga MC3 Executive dan Premium dipaparkan di jalan raya dengan latar skyline Kuala Lumpur
Proton Saga MC3 varian Executive dan Premium dengan reka bentuk moden sedan mampu milik paling popular di Malaysia.

Memilih antara Saga MC3 Executive vs Premium boleh menjadi keputusan yang mencabar, terutamanya jika anda mahu mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda. Kedua-dua varian ini berada dalam keluarga Saga MC3, sedan mampu milik yang semakin popular di Malaysia pada tahun 2026.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli Saga MC3, artikel ini akan membantu anda memahami perbezaan utama dari segi harga, spesifikasi, safety features, keselesaan dan nilai jangka panjang.

👉 Untuk spesifikasi rasmi penuh, anda boleh rujuk halaman utama Saga MC3 di laman ini.

Gambaran Ringkas Varian Saga Executive dan Premium

Perbandingan Proton Saga MC3 Executive dan Premium untuk melihat perbezaan spesifikasi dan nilai berbaloi
Perbandingan Proton Saga MC3 varian Executive dan Premium.

Saga MC3 hadir sebagai sedan segmen A

  • Enjin 1.5L i-GT yang jimat minyak
  • Transmisi 4AT yang lancar
  • Reka bentuk moden dan sporty
  • Kos maintenance rendah
  • Harga mampu milik bermula bawah RM40,000

Model ini sesuai untuk:

  • Graduan baru bekerja
  • Keluarga kecil
  • Pemandu Grab
  • Pembeli kereta pertama
  • Kereta untuk kegunaan selepas pencen

Namun persoalan utama: Adakah Executive sudah mencukupi, atau Premium lebih berbaloi?

Perbezaan Utama Saga Executive vs Premium

Mari kita lihat perbandingan secara terperinci.

1. Harga Semasa

VarianHarga OTR sebelum Insurans
Saga MC3 ExecutiveRM44,990
Saga MC3 PremiumRM49,990

Harga akan berubah berdasarkan promosi dan rebat semasa.

Perbezaan harga sekitar RM5,000. Persoalannya, adakah ia memberi perbezaan yang ketara?

2. Prestasi Enjin

Enjin Proton Saga MC3 1.5L dalam perbandingan Saga Executive vs Premium yang menunjukkan spesifikasi enjin sama bagi kedua-dua varian
Paparan enjin Proton Saga MC3 1.5L
VarianTransmission
Saga MC3 Executive4AT Gearbox dari Aisin
Saga MC3 PremiumCVT Gearbox dari Punch Powertrain

Kedua-dua varian dilengkapi:

  • Enjin 1.5L i-GT dari Horsepower Train
  • Transmission 4AT untuk varian Executive
  • Transmission CVT untuk varian Premium
  • Horsepower dan torque yang sama iaitu 120 HP dan 150 NM Torque

Dari segi prestasi pemanduan, tiada perbezaan besar antara Executive dan Premium.

Penggunaan bahan api serendah 4.9 liter hingga 5.1 liter untuk 100km bergantung kepada gaya pemanduan.

Jika anda hanya fokus kepada enjin dan prestasi asas, kedua-dua varian Saga MC3 adalah sama.

3. Rekaan Dalaman dan Aksesori

Interior Proton Saga MC3 2026 dengan paparan infotainment moden, steering multi-function dan tempat duduk belakang yang selesa
Rekaan dalaman Proton Saga MC3 yang moden dengan dual skrin serta ruang tempat duduk yang luas dan selesa.
Proton Saga MC3 2026 warna biru dipamerkan dengan pandangan depan dan belakang menunjukkan reka bentuk lampu LED dan gril baharu
Paparan Proton Saga MC3 2026 dalam warna biru dengan reka bentuk luaran moden, gril hadapan baharu dan lampu LED yang elegan.

Dari segi dalaman, Premium menawarkan sentuhan lebih eksklusif.

Executive

  • Kerusi Fabrik
  • Paparan screen bersaiz 9 inch lengkap fungsi Apple Car Play dan Android Auto
  • Reverse camera

Premium

  • Tambahan dari varian Executive
  • Kerusi Leatherrate dengan kemasan dalaman lebih premium
  • Lampu tailbar pada bonet yang memukau
  • Dilengkapi side skirting dan dua tona warna rim

Walaupun perbezaannya tidak terlalu drastik, Premium memberikan pengalaman lebih mewah.

Mana Lebih Sesuai Untuk Anda?

Jawapannya bergantung kepada keperluan dan bajet anda.

Perbandingan Proton Saga MC3 1.5 Executive vs 1.5 Premium menunjukkan reka bentuk luaran depan dan belakang kedua-dua varian sedan popular Malaysia
Perbandingan Proton Saga MC3 2026 varian 1.5 Executive dan 1.5 Premium dengan reka bentuk luaran

Pilih Saga MC3 Executive Jika:

✔ Anda mahu harga paling rendah
✔ Anda menggunakan kereta untuk jarak dekat contoh pergi dan balik kerja
✔ Anda fokus kepada kos ansuran rendah
✔ Anda tidak memerlukan ciri dan aksesori tambahan seperti yang ditawarkan pada Saga Premium.

Executive sudah mencukupi untuk kegunaan harian biasa.

Pilih Saga MC3 Premium Jika:

✔ Keselamatan tambahan adalah keutamaan
✔ Anda mahu ciri lebih lengkap
✔ Anda mahukan kereta lebih bergaya
✔ Anda mahu pemanduan lebih premium

Anggaran Ansuran Bulanan Saga MC3

Jadual harga Proton Saga MC3 2026 menunjukkan harga OTR, deposit 10 peratus dan ansuran bulanan untuk varian Standard, Executive dan Premium
Jadual harga Proton Saga MC3 dengan harga OTR, deposit 10% dan ansuran bulanan bagi varian Standard, Executive dan Premium untuk tempoh 7 dan 9 tahun.

Dengan deposit 10% dan tempoh 9 tahun:

  • Executive: ± RM4XX sebulan
  • Premium: ± RM5XX sebulan

Tertakluk kepada approval interest rate dari bank.

Perbezaan sekitar RM50–RM120 sebulan mungkin berbaloi untuk mendapatkan ciri tambahan Premium.

Kenapa Saga MC3 Antara Sedan Paling Laris 2026?

Kos penyelenggaraan terendah untuk All-New Proton Saga MC3 dengan enjin senyap, timing chain tahan lama dan komponen bebas penyelenggaraan
All-New Proton Saga MC3 dengan kos maintenance paling jimat dalam kelas sedan segmen A dengan enjin lebih senyap dan tahan lama.
Rangkaian 172 Proton 3S dan 4S dealership outlets di Malaysia yang menyediakan jualan, servis dan alat ganti untuk pelanggan Proton
172 outlet 3S dan 4S Proton di seluruh Malaysia bagi akses kepada jualan, servis dan alat ganti dengan mudah.

Beberapa faktor utama:

  1. Harga mampu milik
  2. Kos maintenance yang rendah
  3. Enjin terbukti tahan lama
  4. Rangkaian servis meluas
  5. Jenama yang dipercayai

Itulah sebabnya permintaan untuk Saga MC3 terus meningkat setiap bulan.

Soalan Lazim Tentang Saga MC3 Executive vs Premium

1. Adakah Premium lebih jimat minyak?

Ya. Kedua-dua varian menggunakan enjin yang sama. Perbezaannya hanya pada jenis transmission, iaitu CVT dan 4AT.

2. Adakah Executive cukup untuk keluarga?

Ya, tetapi Premium menawarkan tahap keselamatan tambahan.

3. Adakah Premium berbaloi tambah sekitar RM5,300?

Jika anda mementingkan ADAS dan ciri tambahan, ya.

Strategi Pembelian Bijak Saga MC3

Sebelum membuat keputusan:

  1. Semak promosi terkini
  2. Bandingkan ansuran sebenar
  3. Dapatkan khidmat nasihat daripada Sale Advisor bertauliah
  4. Semak kelayakan pinjaman

Langkah ini membantu anda membuat keputusan lebih tepat.

Kesimpulan: Executive atau Premium?

Jika anda mahu sedan mampu milik dengan kos rendah, Saga MC3 Executive sudah memadai.

Namun jika keselamatan tambahan dan nilai jangka panjang menjadi keutamaan, Saga MC3 Premium adalah pilihan lebih berbaloi.

Harga mungkin kecil dalam jangka panjang, tetapi perbezaan ciri boleh memberi impak besar terhadap pengalaman pemanduan anda.

Tempah Saga MC3 Hari Ini

Stok dan promosi adalah terhad setiap bulan.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli Saga MC3, ini masa yang sesuai untuk membuat keputusan.

👉 Klik link di sini untuk:

  • Semakan ansuran bulanan
  • Semakan kelayakan pinjaman
  • Promosi terkini
  • Semakan stok

Wakil jualan kami akan hubungi anda dalam masa 24 jam.

Leave a Reply