
Proton Saga MC3 membuktikan keunggulannya apabila menjadi model paling laris di Malaysia bagi tahun 2026. Berdasarkan data pendaftaran setakat 31 Januari 2026, Proton Saga mencatatkan 10,285 unit berdaftar, mengatasi model lain dalam senarai popular.
Oleh itu, Saga MC3 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sedan mampu milik paling laris 2026. Selain harga kompetitif, model ini menawarkan ciri keselamatan moden dan kos maintenance yang rendah.
Saga Mendahului Carta Jualan 2026

Sumber daripada data.gov.my
Data terkini mempamerkan ranking untuk January 2026:
- Proton Saga – 10,285 unit
- Perodua Bezza – 8,431 unit
- Perodua Axia – 6,581 unit
- Perodua Myvi – 4,819 unit
Saga MC3 terus berada di hadapan dalam segmen sedan A. Ini menunjukkan ramai pembeli yakin dengan model ini.
Kenapa Saga Jadi Sedan Mampu Milik Paling Laris?


Ramai pembeli memilih Proton Saga MC3 kerana nilai tambah yang begitu tinggi dan tidak dapat ditolak. Selain itu, model ini sangat sesuai untuk penggunaan harian.
Antara faktor utama:
- ✅ Harga mampu milik
- ✅ Penjimatan minyak dari 4.9L untuk 100km (CVT)
- ✅ Kos servis rendah dengan timing chain tahan lama
- ✅ Ciri safety features seperti 6 airbags dan ADAS (Premium)
- ✅ Teknologi Wireless Apple CarPlay & Android Auto
Oleh itu, Proton Saga MC3 adalah kereta yang lengkap antara harga, technology dan safety.
Harga Proton Saga MC3

Saga MC3 dalam tiga varian utama:
- 1.5 Standard
- 1.5 Executive
- 1.5 Premium
Harga bermula sekitar RM38,990 (Semenanjung Malaysia). Namun begitu, harga bakal berubah mengikut promosi semasa.
Selain itu, pembeli juga boleh menikmati insentif pelupusan kereta lama sebanyak RM2,000 melalui Program Geran Padanan/Matching Grant untuk model Proton Saga MC3.
Spesifikasi & Prestasi


Saga MC3 dengan enjin 1.5L i-GT DOHC DVVT yang jimat minyak.
Ciri utama :
- Transmisi 4AT atau CVT
- Suspensi lebih stabil
- Struktur badan kukuh dengan Proton RESS
- Sistem safety features moden
- Ride & handling yang mantap
Saga MC3 vs Pesaing Segmen Sedan

Ramai pembeli akan membandingkan Proton Saga MC3 dan Perodua Bezza sebelum membeli. Namun, Saga MC3 tetap mencatat registration lebih tinggi.
Varian Premium juga hadir dengan lebih banyak ciri safety features. Oleh itu, ramai pembeli memilihnya sebagai sedan yang lebih lengkap dan berbaloi.
Kesimpulan: Adakah Saga MC3 Berbaloi Dibeli 2026?
Jawapannya jelas, ya. Saga MC3 bukan sahaja sedan mampu milik paling laris 2026, malah ia memberi nilai tambah lebih tinggi.
Selain harga mampu milik, ia juga jimat minyak dan mudah dari segi maintenance. Di samping itu, ciri safety features moden memberikan ketenangan minda kepada pemandu.
👉 Jika anda mencari kereta practical, selesa dan jimat minyak, Saga MC3 ialah pilihan terbaik tahun 2026.

